Semakan Status Skim Pinjaman Komputer Pelajar 2021 Online (SKIP)



Semakan Status Skim Pinjaman Komputer Pelajar 2021 Online (SKIP)|ANDA pernah mohon Skim Pinjaman Komputer Pelajar bagi tahun 2021? Perhatian buat anda yang ingin membuat semakan status Skim Pinjaman Komputer Pelajar tahun 2021. Berikut dikongsikan Semakan Status Skim Pinjaman Komputer Pelajar 2021 Online buat rujukan anda.

Semakan Status Skim Pinjaman Komputer Pelajar 2021 Online (SKIP)


Sedia maklum, Skim Pinjaman Komputer Pelajar (SKIP) diwujudkan bertujuan bagi membantu pelajar Institusi Pendidikan MARA (IPMA) untuk kemudahan dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran masing-masing seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. SKIP ini adalah bagi membiayai pembelian komputer oleh pelajar IPMA dengan menggunakan konsep pembiayaan Islam al-Murabahah.


Semakan Status Skim Pinjaman Komputer Pelajar 2021 Online (SKIP)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Semakan Status Skim Pinjaman Komputer Pelajar (SKIP) termasuk syarat kelayakan dan amaun:


Cara Semakan Status Skim Pinjaman Komputer Pelajar 2021

1. Layari Laman Web MARA secara online menerusi pautan di https://aplikasi.mara.gov.my/skip.


Senarai Institut Pendidikan MARA Terlibat Dalam SKIP

Institusi Pendidikan MARA (IPMA) yang terlibat dibawah skim ini adalah:

- Kolej MARA

- Institut Kemahiran MARA (IKM)

- Kolej Kemahiran Tinggi MARA

- MARA Japan Industrial Institute (MJII)

- Kolej Profesional MARA (KPM)

- Universiti Kuala Lumpur (UniKL)

- Kolej Universiti PolyTech MARA (KUPTM)

- Kolej PolyTech MARA (KPTM)

- German Malaysian Institute (GMI)


Syarat Kelayakan Skim Pinjaman Komputer Pelajar 2021

Pelajar yang mengikuti pengajian di IPMA sepenuh masa di peringkat pengajian berikut:

- Persediaan / Pra Universiti

- Sijil

- Diploma

- Ijazah Sarjana Pertama (Sarjana Muda)


Had Umur Kelayakan

Had umur bagi pelajar yang layak memohon adalah seperti berikut:

- Persediaan / Pra Universiti: Tidak melebihi 20 tahun

- Sijil / Diploma: Tidak melebihi 35 tahun

- Ijazah Sarjana Mudah: Tidak melebihi 45 tahun

- Pelajar baru atau pelajar sedia ada (aktif) yang layak harus mempunyai baki pengajian tidak kurang dari 1 tahun.


Amaun Skim Pinjaman Komputer Pelajar 2021

Pelajar layak memohon 1 kali pinjaman komputer bagi setiap peringkat pengajian. Pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi adalah layak untuk dipertimbangkan pinjaman komputer seterusnya tertakluk kepada pinjaman komputer terdahulu telah diselesaikan.


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan SKIP, sila layari https://www.mara.gov.my/ atau rujuk surat siaran MARA dibawah.

Semoga perkongsian Semakan Status Skim Pinjaman Komputer Pelajar tahun 2021 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.