Sinopsis Drama Jangan Ganggu Jodohku Lakonan Shaza Bae & Yusuf Bahrin



Sinopsis Drama Jangan Ganggu Jodohku Lakonan Shaza Bae & Yusuf Bahrin|ADAKAH anda peminat drama Melayu? Saksikan drama bersiri akan datang yang adaptasi novel berjudul "Jangan Ganggu Jodohku' karya Umie Nadzimah bakal ditayangkan mulai 29 November 2021 jam 10:00 malam di slot Megadrama Astro Ria. Bakal menampilkan lakonan hebat seperti Shaza Bae, Yusuf Bahrin, Norreen Iman, Amerul Affendi, Salina Saibi, Sabhi Saddi, Sherry Ibrahim dan ramai lagi. Drama bersiri 24 episod ini merupakan arahan Jamal Khan dan terbitan dibawah Orangetree Production. Berikut dikongsikan Sinopsis Drama Jangan Ganggu Jodohku buat rujukan anda.

Sinopsis Drama Jangan Ganggu Jodohku Lakonan Shaza Bae & Yusuf Bahrin

Sinopsis Drama Jangan Ganggu Jodohku Lakonan Shaza Bae & Yusuf Bahrin

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Sinopsis Drama Jangan Ganggu Jodohku termasuk senarai pelakon, sinopsis novel dan OST/ lagu tema yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa:

Info Penting Drama Jangan Ganggu Jodohku

JUDUL : JANGAN GANGGU JODOHKU
EPISOD : 24
TARIKH TAYANGAN : - 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam 
SIARAN TV : Slot MegaDrama Astro Ria
PENGARAH : Jamal Khan
PRODUKSI : Orangetree Production
PELAKON : Shaza Bae, Yusuf Bahrin, Norreen Iman, Amerul Affendi, Salina Saibi, Sabhi Saddi, Sherry Ibrahim, Azizah Mahzan, Shah Iskandar, Zalfa Zin, Hasnul Rahmat, Ku Faridah, Rosli Rahman Adam

WATAK PELAKON:

Shaza Bae sebagai Aliza 
Yusuf Bahrin sebagai Dr.Imran
Norreen Iman sebagai Shahida
Amerul Affendi sebagai Abu
Salina Saibi sebagai Saka Makcik Lempeng 
Sabhi Saddi sebagai Ustaz Hadhari
Sherry Ibrahim sebagai Kak Saleha

Senarai Lagu Tema & OST Drama Jangan Ganggu Jodohku

*Akan dikemaskini

Sinopsis Drama Jangan Ganggu Jodohku

Mengisahkan saka yang menghantui hidup Aliza dan Imran. Aliza dirundung sumpahan akan disusahkan usaha berkahwin selagi dia tidak mewarisi saka dari keturunan nenek saudaranya. Aliza boleh berinteraksi dengan makhluk di alam lain dan rapat dengan jin Abu sejak kecil lagi. Aliza jatuh cinta pada Doktor Imran yang mana tidak disukai oleh Abu.

No comments

Powered by Blogger.