Harga dan Spesifikasi Honda City Hatchback 2021 Malaysia



Harga dan Spesifikasi Honda City Hatchback 2021 Malaysia|BERAPAKAH harga terkini Honda City Hatchback 2021 di pasaran Malaysia? Panduan buat anda rakyar Malaysia yang ingin ketahui harga dan spesifikasi Honda City Hatchback tahun 2021. Berikut dikongsikan harga dan spesifikasi terkini Harga City Hatchback Malaysia tahun 2021 buat panduan anda.

Harga dan Spesifikasi Honda City Hatchback 2021 Malaysia

Sedia maklum, Honda Malaysia telah melancarkan model City Hatchback ke pasaran Malaysia yang ditawarkan pada harga bermula RM75,670. Model pengganti kepada Honda Jazz GK ditawarkan dengan pilihan tiga varian iaitu 1.5 S, 1.5 E dan 1.5 V dijangka diterima pelanggan terawal yang menempah model itu mulai Januari ini. Honda City Hatchback dijual pada harga atas jalan tanpa insurans bermula RM75,670 bagi varian asas 1.5 S, diikuti varian pertengahan 1.5 E dari RM83,060 dan varian tertinggi 1.5 V pula bermula RM87,860.


Harga dan Spesifikasi Honda City Hatchback 2021 Malaysia

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan harga tentative on the road (OTR) tidak termasuk insurans serta spesifikasi terkini Honda City Hatchback Malaysia 2021:

A. Varian dan Harga

◼️Varian 1.5 S - RM75,670
◼️Varian 1.5 E - RM83,060
◼️Varian 1.5 V - RM87,860

B. Ciri-Ciri Honda City Hatchback 2021

◼️Model asas 1.5 S - lampu hadapan projektor halogen dengan lampu nyalaan siang LED, lampu belakang LED, rim aloi 15-inci kemasan perak, sistem masuk tanpa kunci bersama butang penghidup enjin, pendingin hawa manual, upholsteri fabrik, pemain audio biasa dengan hubungan Bluetooth serta empat pembesar suara.

◼️Model petrol 1.5 E - ditambah dengan rim aloi kemasan dua tona, penghidup enjin kawalan jauh, sistem pendingin hawa automatik zon tunggal, pedal penukar gear, cruise control, sistem infotainmen dengan skrin sesentuh 8-inci bersama sokongan Apple Carplay dan Android Auto serta kamera undur.

◼️Model enjin petrol 1.5 V - tambahan perincian seperti lampu hadapan LED sepenuhnya bersama lampu kabus hadapan LED, rim aloi 16-inci kemasan dua tona, serta sistem audio yang menampilkan lapan pembesar suara.


C. Warna

- Ignite Red

- Meteorite Grey Metallic

- Platinum White

- Crystal Black Pearl

- Lunar Silver Metallic


Artikel Berkaitan:

👉 Senarai Harga Baharu Kereta Honda 2022

Semoga perkongsian Harga dan Spesifikasi Honda City Hatchback 2021 ini dijadikan panduan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.