Senarai Harga Pos Motor J&T 2024 (Semakan)



Senarai Harga Pos Motor J&T 2024 (Semakan)|BERAPAKAH harga terkini pos motosikal J&T bagi tahun 2024? Panduan buat anda yang ingin ketahui senarai harga pos motosikal dengan menggunakan perkhidmatan J&T. Untuk makluman anda, semakan harga pos motor J&T tahun 2024 boleh dibuat secara online menerusi Portal Rasmi J&T Express. Berikut dikongsikan Senarai Harga Pos Motor J&T Tahun 2024 buat rujukan anda.

Senarai Harga Pos Motor J&T 2022 (Semakan)

Senarai Harga Pos Motor J&T 2024 (Semakan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan senarai harga pos motor J&T tahun 2024 termasuk cara pos motor menggunakan J&T:

Kadar Harga Pos Motor J&T 2024

1. Kadar harga penghantaran motor bergantung pada berat motor serta negeri atau destinasi ingin dihantar.

2. Syarikat ini menerima pelbagai kaedah pembayaran tanpa bayaran tambahan serta menawarkan caj yang paling rendah dan berpatutan untuk pelanggan.

3. Anda boleh menyemak kadar harga pos dengan memasukkan maklumat seperti poskod destinasi pengirim, poskod destinasi penerima, berat serta dimensi motor di bahagian kadar penghantaran di laman web J&T Express.

4. Anda turut boleh menghubungi customer service syarikat ini untuk maklumat lanjut.

Cara Pos Motor Menggunakan Perkhidmatan J&T

Berikut adalah cara atau panduan pos motor menggunakan perkhidmatan J&T:

1. Pertama kali, anda dikehendaki pergi ke pejabat syarikat J&T Express yang berdekatan untuk membuat urusan penghantaran motor.

2. Kemudian, anda akan diberikan satu resit yang mempunyai tracking number atau airway bill.

3. Anda juga boleh menggunakan kaedah “pick up service”. Dengan cara ini anda tidak perlu lagi pergi berurusan di pejabat. Selain itu, urusan boleh dilakukan di laman rasmi J&T.

4. Anda boleh menyemak status penghantaran motor dengan menggunakan aplikasi atau laman web rasmi J&T dengan mengakses J&T Express TRACE & TRACK.

5. Masa penghantaran motor pelanggan bergantung pada jenis destinasi yang dipilih. Anggaran masa diambil dalam masa 2 hingga 5 hari.

Info Penting Penghantaran Motorsikal

Berikut merupakan info penting yang perlu diambil tahu oleh pelanggan ketika pos motorsikal ke destinasi dipilih.

1. Motorsikal perlu dibungkus dengan kemas.
2. Pastikan tangki minyak tidak penuh untuk mengelakkan sebarang musibah berlaku ketika dalam proses penghantaran.
3. Pengirim tidak perlu meletakkan kunci bersama motor.
4. Pengirim perlu membawa geran motor beserta IC semasa membuat penghantaran motor ke kaunter.
5. Pengirim juga dinasihatkan untuk menanggalkan cermin sisi serta nombor plat sebelum menghantar motor ke kaunter.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di talian 300-80-9000/ 03-9212 9660 atau emel ke support@jtexpress.my dan layari laman web di jtexpress.my

Semoga perkongsian Harga Pos Motor J&T Terkini ini dijadikan panduan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.