Permohonan Skim Rumah Pertamaku (SRP) 2023 (Semakan Status)



Permohonan Skim Rumah Pertamaku (SRP) 2023 (Semakan Status)|ANDA ingin mohon Skim Rumah Pertamaku (SRP) bagi tahun 2023? Perhatian buat anda yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Skim Rumah Pertamaku tahun 2023. Untuk makluman anda, permohonan Skim Rumah Pertamaku 2023 boleh dibuat dimana-mana cawangan bank-bank yang terlibat. Berikut dikongsikan Permohonan Skim Rumah Pertamaku 2023 buat rujukan anda.

Permohonan Skim Rumah Pertamaku (SRP) 2022 (Semakan Status)

Sedia maklum, SRP merupakan inisiatif pemilikan rumah yang pertama kali diumumkan dalam Belanjawan 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu pembeli memiliki rumah sendiri untuk membeli rumah pertama mereka. Skim ini membolehkan pembeli rumah pertama untuk mendapatkan pembiayaan sehingga 110% daripada bank-bank yang terlibat bagi membolehkan mereka untuk memiliki rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluan. Cagamas, melalui anak syarikatnya Cagamas SRP Berhad ("CSRP") akan memberi jaminan kepada bank-bank yang berkenaan atas dasar 'kerugian pertama' untuk pembiayaan yang melebihi aras 90%

Permohonan Skim Rumah Pertamaku (SRP) 2023 (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Skim Rumah Pertamaku termasuk syarat kelayakan permohonan dan semakan status:

Cara Permohonan Skim Rumah Pertamaku 2023

1. Cari rumah idaman anda dan dapatkan dokumen yang berkaitan seperti draf perjanjian jual beli/resit bayaran tempahan dan lain-lain.

2. Semak kelayakan anda untuk pembiayaan rumah di bawah SRP.

3. Kemudian, sediakan dokumen sokongan pendapatan anda seperti slip gaji, penyata pendapatan, penyata bank, penyata KSWP dan lain-lain.

4. Hantar permohonan pembiayaan perumahan SRP anda ke cawangan bank-bank yang mengambil bahagian.

Syarat Kelayakan Permohonan Skim Rumah Pertamaku 2023

Antara syarat kelayakan Skim Rumah Pertamaku adalah seperti berikut:

1. Terbuka kepada warganegara Malaysia
2. Pembeli rumah pertama
3. Berumur 35 tahun ke bawah (umur tidak lebih daripada 36 tahun pada tarikh lahir berikutnya)
4. Pendapatan kasar bulanan tidak lebih daripada RM5,000 bagi peminjam perseorangan dan pendapatan kasar bulanan tidak lebih daripada RM10,000 bagi peminjam bersama (berdasarkan pendapatan kasar bulanan maksimum tidak lebih daripada RM5,000 bagi setiap peminjam)

Semakan Status Skim Rumah Pertamaku (SRP) 2023

*Akan dikemaskini

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Skim Rumah Pertamaku, sila layari Laman Web SRP di http://www.srp.com.my

Selamat membuat Permohonan Skim Rumah Pertamaku tahun 2023! Semoga anda berjaya mendapat permohonan Skim Rumah Pertamaku!

No comments

Powered by Blogger.