Cara Daftar KAPB 2023 Online (Kadar Dividen)



Cara Daftar KAPB 2023 Online (Kadar Dividen)|ANDA ingin melabur KAPB Malaysia? Bagaimana cara daftar KAPB tahun 2023 secara online? Panduan buat rakyat Malaysia yang berminat dan ingin ketahui cara daftar dan labur KAPB tahun 2023. Berikut dikongsikan Cara Daftar KAPB 2023 Online buat rujukan anda.

Cara Daftar KAPB 2022 Online (Kadar Dividen)

Sedia maklum, Koperasi Amanah Pelaburan Berhad atau mudah dikenali sebagai KAPB merupakan sebuah syarikat koperasi pelaburan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Ia ditubuhkan pada 14 November 2014 oleh Dato' Mohamed Ilyas sebagai Pengerusi Eksekutif. KAPB juga sama seperti platform pelaburan yang lain di mana dana atau modal yang dikumpulkan daripada ahli akan dilaburkan kepada beberapa portfolio. Antara portfolio korporat bagi dana pelaburan yang diuruskan oleh KAPB termasuklah Ar-Rahnu, The Exchange 106 (TRX), hartanah, stesen TV (Awesome TV), perkhidmatan pemfaktoran (MFI Money), kereta sewa (Quick Ride), perdagangan automotif, pembiayaan automotif dan juga pembangunan tenaga boleh diperbaharui.


Cara Daftar KAPB 2023 Online (Kadar Dividen)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Daftar dan Melabur KAPB Secara Online termasuk syarat kelayakan, kelebihan dan kadar dividen KAPB:


Pendaftaran KAPB Malaysia 2023 Online

Bagi memohon keahlian KAPB pula, terdapat tiga (3) cara iaitu permohonan secara online di www.kapb.com.my ATAU email borang yang lengkap ke application@kapb.com.my ATAU anda juga boleh sahaja walk-in ke pejabat KAPB di Tingkat 2, Menara Kembar Bank Rakyat, No. 33, Jalan Rakyat 50470 Kuala Lumpur.

1. Layari Portal Rasmi KAPB secara online di pautan kapb.com.my untuk mendaftar permohonan.

2. Kemudian, anda perlu lengkapkan borang permohonan yang disediakan dalam talian tersebut dan dikehendaki untuk memuat naik Salinan I/C.

3. Setelah selesai mengisi borang permohonan, anda boleh klik butang Apply.

4. Pihak KAPB akan memproses permohonan anda dalam masa tiga (3) hari bekerja di mana kakitangan pentadbiran mereka akan menghubungi anda terlebih dahulu untuk pengesahan.

5. Sebaik permohonan diluluskan dengan bersyarat, anda perlu membuat bayaran yuran kemasukan dan pelaburan permulaan sepertimana yang dimohon.

6. Anda boleh mendeposit yuran kemasukan dan pelaburan ke dalam akaun Bank Rakyat (jika anda pemegang akaun simpanan / semasa Bank Rakyat). Pihak KAPB akan memberi arahan kepada Bank Rakyat untuk mendebit jumlah tersebut dari akaun anda selepas anda menandatangani borang pengesahan ATAU;

- Bagi pemegang akaun bank lain, anda boleh lakukan pindahan dana Antara Bank Giro (IBG) ke nombor akaun semasa KAPB di Bank Rakyat iaitu 11-146-100033-4 dimana salinan slip transaksi hendaklah dilampirkan beserta dengan permohonan ATAU;

- Anda juga boleh membuat bayaran melalui JomPay dan Salinan slip transaksi hendaklah dilampirkan bersama permohonan ATAU;

- Anda juga boleh membuat bayaran melalui Kaunter Pejabat Pos.

7. Anda akan menerima pengesahan keahlian bersama-sama dengan nama pengguna dan kata laluan melalui email diadakan.


Syarat Kelayakan Permohonan KAPB 2023

Antara Syarat Kelayakan Permohonan KAPB adalah seperti berikut:

1. Terbuka untuk semua rakyat Malaysia di kalangan umat Islam untuk memperoleh pulangan premium bagi modal yang dilaburkan.

2. Telah mencapai umur lapan belas (18) tahun (tiada had umur maksimum dinyatakan di dalam Akta Koperasi dan ianya digunapakai oleh semua koperasi berdaftar di Malaysia termasuk KAPB).

3. Bermastautin ATAU bekerja ATAU mempunyai tanah dalam kawasan operasi koperasi

4. Bukan seorang yang tidak upaya dari segi mental

5. Bukan seorang yang bankrap yang belum dilepaskan

6. Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar

7. Bukan seorang yang telah dibuang daripada menjadi anggota di bawah Akta ini dan suatu tempoh selama satu (1) tahun belum lagi berlalu dari tarikh pembuangan itu


Kelebihan Melabur Dengan KAPB

1. Dana diuruskan oleh profesional berpengalaman

- Kelebihan instrumen ini adalah dana anda akan diuruskan oleh pengurus dana yang profesional dan berpengalaman.

2. Pelaburan konsep patuh Syariah

- Anda tak perlu risau kerana pelaburan ini dianggap sebagai patuh Syariah. Ini kerana semua koperasi di Malaysia dikawal-selia oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

3. Sumbangan khairat kematian

- Pihak KAPB turut menawarkan khairat kematian buat setiap ahli. Maksudnya, anda akan menerima sedikit sumbangan daripada pihak KAPB jika ada berlaku kematian dalam kalangan keluarga anda.

4. Yuran kemasukan serendah RM50.00

Sebagai yuran kemasukan, anda akan dikenakan sebanyak RM50.00 dan ianya tidak akan dikembalikan jika anda buat keputusan untuk berhenti daripada menjadi ahli biasa.


Kadar Dividen KAPB 2022 & Cara Agihan

1. Terdapat dua (2) cara untuk KAPB mengira dividen untuk ahlinya iaitu dividen bagi pelaburan yang anda lakukan pada satu haribulan, ia akan dikira bermula pada bulan tersebut. Manakala bagi pelaburan yang anda lakukan pada dua haribulan, dividennya akan dikira bermula pada bulan seterusnya.

2. Cara agihan dividen ini akan dikreditkan ke akaun anda dalam tempoh 14 hari bekerja sebaik sahaja KAPB mengumumkan kadar dividen bagi tahun kewangan tersebut.

3. Berikut adalah prestasi agihan dividen KAPB bagi tahun berakhir 31 Disember untuk tahun 2015 sehingga 2020.

Cara Daftar KAPB 2022 Online (Kadar Dividen)


Tahun 2022: *Akan dikemaskini

Info Penting:

*Senarai agihan dividen KAPB bagi tahun berakhir 31 Disember akan dikemaskini dari semasa ke semasa


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan KAPB, sila layari Portal KAPB di www.kapb.com.my atau boleh sahaja walk-in ke pejabat KAPB di Tingkat 2, Menara Kembar Bank Rakyat, No. 33, Jalan Rakyat 50470 Kuala Lumpur.

Semoga perkongsian Cara Daftar KAPB secara online ini dijadikan rujukan buat anda semua! Selamat melabur bersama KAPB!

No comments

Powered by Blogger.