Cara Daftar SSPN Prime 2023 Online (Login)



Cara Daftar SSPN Prime 2023 Online (Login)|ANDA ingin daftar SSPN Prime? Bagaimana cara daftar akaun SSPN Prime secara online? Perhatian buat anda yang ingin ketahui cara daftar akaun SSPN Prime tahun 2023 secara online. Berikut dikongsikan Cara Daftar SSPN Prime 2023 Online buat rujukan anda.

Cara Daftar SSPN Prime 2022 Online (Login)

Sedia maklum, SSPN Prime yang dahulunya juga dikenali dengan nama SPPN-i merupakan salah satu produk terbaru daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selain daripada SSPN Plus. Ianya adalah satu instrumen simpanan tanpa komitmen bulanan bagi tujuan simpanan untuk melanjutkan pengajian pendidikan tinggi.


Cara Daftar SSPN Prime 2023 Online (Login)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Daftar SSPN Prime secara online termasuk syarat kelayakan, kelebihan dan cara login:


Pendaftaran SSPN Prime 2023 Secara Online

1. Layari Portal SSPN secara online menerusi pautan di https://online.sspn.my/buka

2. Kemudian, isikan tarikh semasa pembukaan akaun dan nama pendeposit.

3. Pilih maklumat keturunan dan masukkan nombor kad pengenalan yang disahkan.

4. Seterusnya, pilih jenis akaun dan tarikh lahir pendeposit akan dimasukkan secara automatik berdasarkan maklumat kad pengenalan.

5. Kemudian, lengkapkan kesemua butiran yang dikehendaki antaranya maklumat pekerjaan, jumlah pendapatan, alamat semasa, poskod alamat semasa, no. Tel rumah (jika ada), no. Tel bimbit dan emel.

6. Masukkan amaun deposit minimum RM20 dan Kod Eksekutif PTPTN (EP).

7. Klik tick pada checkbox dan klik pada butang hantar.

8. No. Akaun SPPN anda dan amaun yang ingin dideposit akan dipaparkan. Kemudian, klik pada butang Bayar.

9. Lengkapkan pembayaran menggunakan kemudahan perbankan internet.


Cara Pendaftaran SSPN Prime 2023

Jika anda kurang pandai mendaftarkan akaun secara online, anda boleh buat pendaftaran secara offline melalui salah satu alternatif berikut:

A. Melalui kaunter PTPTN cawangan berdekatan

B. Ejen Online PTPTN

C. Eksekutif Pemasaran PTPTN


Cara Login SSPN Prime 2023 Online

1. Anda boleh login akaun SSPN Prime secara online di pautan https://lovesspn.com/


Kelebihan SSPN Prime

Antara Kelebihan SSPN Prime adalah seperti berikut:

1. Tiada jumlah minimum deposit yang ditetapkan

2. Deposit boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dengan sebarang jumlah

3. Pelepasan cukai sehingga RM8 ribu bagi simpanan bersih tahun semasa

4. Perlindungan takaful bagi pendeposit yang memiliki simpanan RM1 ribu ke atas

5. Manfaat takaful disatukan dengan simpanan akaun SSPN Prime

6. Manfaat khairat kematian dibayar terus kepada waris atau penama


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau malumat lanjut mengenai cara pembukaan akaun Simpan SSPN Prime, anda boleh layari laman rasmi PTPTN di https://www.ptptn.gov.my/

Semoga perkongsian Cara Daftar SSPN Prime secara online ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.