Cara Keluarkan Duit ASB 2022 Online (Panduan)



Cara Keluarkan Duit ASB 2022 Online (Panduan)|ANDA ingin buat pengeluaran duit ASB (Amanah Saham Bumiputera)? Perhatian buat anda yang ingin ketahui cara pengeluaran duit ASB tahun 2022 secara online. Berikut dikongsikan Cara Pengeluaran Duit ASB 2022 Online buat rujukan anda.

Cara Keluarkan Duit ASB 2022 Online (Panduan)


Sedia maklum, anda tidak perlu beratur dan ambil giliran di kaunter, kiosk atau pejabat pos untuk membuat pengeluaran wang ASB. Anda boleh buat pengeluaran secara online sahaja melalui Portal myASNB dalam beberapa minit sahaja! Had pengeluaran secara dalam talian adalah RM1000 sebulan dari mana-mana akaun unit amanah ASNB anda. Pengeluaran boleh dibuat maksima 3 kali setiap bulan dengan jumlah minimum setiap pengeluaran RM100.


Cara Keluarkan Duit ASB 2022 Online (Panduan)

Bagi yang sudah ada akaun ASB, sila rujuk panduan pengeluaran (jualan balik) ASB secara online seperti berikut:


Cara Pengeluaran Duit ASB Online 2022

Berikut dikongsikan Cara Pengeluaran Duit ASB Secara Online:

1. Login Aplikasi myASNB atau Portal Rasmi MyASNB secara online di pautan https://www.asnb.com.my

2. Kemudian, pergi ke menu “Portfolio” dan pilih dana yang ingin dikeluarkan.

3. Tekan pada “Transaksi” dan Pilih “Jualan Balik”.

4. Pilih “Seterusnya” dan memaparkan maklumat akaun bank yang telah didaftarkan dalam portal.

5. Seterusnya, isikan maklumat dan buat pengesahan untuk pengeluaran.

6. Anda boleh login semula online banking untuk semak wang yang dipindahkan dari ASB.


Had Maksimum Pengeluaran ASB Online

- Had pengeluaran secara dalam talian adalah RM1000 sebulan dari mana-mana akaun unit amanah ASNB anda.

- Tiada had jualan balik sekiranya urus niaga tersebut dilaksanakan di kaunter cawangan atau ejen ASNB.

- Pengeluaran boleh dibuat maksima 3 kali setiap bulan. Jumlah minimum setiap pengeluaran RM100.


Tempoh Transfer Duit ASB Masuk Bank

- Jika anda menerima notifikasi transaksi berjaya melalui SMS, permohonan anda telahpun diterima oleh ASNB untuk proses pengkreditan.

- Wang hasil jualan balik unit amanah ASNB anda akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang didaftarkan dengan ASNB pada hari bekerja berikutnya.

- Pastikan maklumat akaun yang diberikan adalah tepat dan memenuhi syarat yang ditetapkan bagi megelakkan sebarang kelewatan penerimaan wang anda.

- Sekiranya pengkreditan pembayaran tidak berjaya, unit akan dikembalikan ke dalam akaun tabung unit amanah anda dalam tempoh 10 hari bekerja.


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan ASB, sila rujuk Soalan Lazim berkenaan Pengeluaran/ Jualan Balik unit myASNB di pautan https://www.asnb.com.my/onlineredemption.php

Facebook: Amanah Saham Nasional Berhad

Hotline ASNB: 03-7730 8899

Semoga perkongsian Cara Keluarkan Duit ASB 2022 Online ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.