Cara Kira GCR 2023 (Tebus Gantian Cuti Rehat)



Cara Kira GCR 2023 (Tebus Gantian Cuti Rehat)|APA itu Gantian Cuti Rehat? Dalam pengumuman Bajet 2022 yang lalu, gantian cuti rehat penjawat awam akan dinaikkan daripada maksimum 150 hari kepada 160 hari. Gantian Cuti Rehat diwujudkan bagi mengiktiraf pengorbanan penjawat awam khususnya golongan barisan yang tidak berpeluang untuk bercuti ketika menangani krisis COVID-19. Selain itu, kerajaan turut melaksanakan kemudahan untuk membenarkan penebusan awal Gantian Cuti Rehat sehingga 50 peratus atau 80 hari mulai tahun 2022. Berikut dikongsikan Cara Kira GCR 2023 buat rujukan anda.

Cara Kira GCR 2022 (Tebus Gantian Cuti Rehat)

Sedia maklum, Gantian Cuti Rehat atau GCR merupakan satu kemudahan disediakan kerajaan, berbentuk ganjaran wang tunai yang diberikan kepada Penjawat Awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatan. GCR akan dikumpulkan pada setiap hujung tahun bergantung dengan kelayakan cuti rehat yang diberikan pada tahun berkenaan.


Cara Kira GCR 2023 (Tebus Gantian Cuti Rehat)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Pengiraan GCR 2023 termasuk tarikh bayaran, syarat kelayakan, permohonan dan cara tebus Gantian Cuti Rehat:


Cara Pengiraan GCR Penjawat Awam 2023

- Pengumpulan cuti bagi tujuan Gantian Cuti rehat adalah mengikut Peraturan 21(1)Peraturan Pencen 1980, Perintah Am Bab C dan Pekeliling Perkhidmatan yang berkuat kuasa.

- Pengiraan Award Gantian Cuti Rehat adalah menggunakan formula berikut: 1/30 x [Gaji akhir + Imbuhan Tetap] x jumlah GCR.

- Jabatan/Pegawai boleh merujuk kepada Panduan Mengurus Gantian Cuti Rehat Perkhidmatan Awam Persekutuan untuk pemahaman lanjut. 

http://www.jpapencen.gov.my/gcr/BukuPanduanGCRVersi1.2021.pdf

Cara Kira GCR 2022 (Tebus Gantian Cuti Rehat)


Syarat Kelayakan Gantian Cuti Rehat 2023

Antara Syarat Kelayakan Gantian Cuti Rehat adalah seperti berikut:

- Pembayaran Award Gantian Cuti Rehat diberikan kepada pegawai Skim Pencen yang bersara dan pegawai Skim KWSP yang bersara paksa. Pegawai yang dibuang kerja atau meletakkan jawatan tidak layak menerima pembayaran Award Gantian Cuti Rehat.

- Pembayaran Gantian Cuti Rehat bagi pegawai-pegawai kontrak dilaksanakan oleh Jabatan masing-masing berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan yang berkuat kuasa. Maklumat lanjut boleh dirujuk di Portal https://www.jpa.gov.my/component/tags/tag/elaun


Pindaan Terkini

1. Warta Kerajaan berkaitan Pindaan Peraturan Pencen 2022 telah pun dikeluarkan oleh JPA.

2. Jumlah GCR yang boleh ditebus dengan wang tunai dipinda daripada 150 hari kepada 160 hari.

3. Penebusan GCR dibenarkan kepada Penjawat Awam yang telah mengumpul GCR sekurang²nya 80 hari.

4. Telah berumur 45 tahun semasa permohonan penebusan dibuat.

5. Telah berkhidmat dengan Kerajaan yang boleh diambilkira skim pencen adalah selama 15 tahun.

6. Penebusan GCR separuh (80 hari) adalah secara one-off.

7. Pengiraan = 1/30 x Gaji Pokok + elaun yang diboleh ambilkira x 80 hari.


Cara Permohonan dan Kelulusan GCR 2023

- Untuk memohon Gantian Cuti Rehat, Pegawai perlu memohon menerusi HRMIS dan mencetak Borang Lampiran A yang dijana oleh HRMIS.

- Ketua Jabatan lulus menerusi HRMIS dan menandatangani HRMIS dan menandatangani Borang Lampiran A yang dicetak.

- Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

◼️1 salinan rekod kenyataan perkhidmatan yang kemaskini

◼️1 salinan kenyataan cuti

◼️2 salinan penyata kiraan cuti

◼️1 salinan kad pengenalan

◼️1 salinan surat permohonan pesara/waris

- Dokumen-dokumen ini perlu dikemukakan bersekali dengan dokumen lain bagi urusan persaraan dan pencen selewat- lewatnya 3 bulan sebelum tarikh persaraan.

Semoga perkongsian Cara Daftar GCR tahun 2023 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.