Jadual Bayaran Elaun MARA 2024 (Tarikh)



Jadual Bayaran Elaun MARA 2024 (Tarikh)|BILAKAH tarikh bayaran elaun MARA bagi tahun 2024? Perhatian buat anda yang ingin ketahui jadual dan tarikh bayaran duit elaun MARA tahun 2024. Berikut dikongsikan Jadual Bayaran Elaun MARA 2024 buat rujukan anda.

Jadual Bayaran Elaun MARA 2022 (Tarikh)

Sedia maklum, matlamat tajaan MARA adalah membantu pelajar bumiputera yang berpotensi dan berkelayakan terutama yang memerlukan bantuan kewangan untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang-bidang Sains, Teknologi, Profesional, Kepakaran dan Pengurusan Perniagaan serta bidang-bidang lain yang dikenalpasti oleh MARA dari masa ke semasa.


Jadual Bayaran Elaun MARA 2024 (Tarikh)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Jadual Bayaran Elaun MARA 2024 termasuk tarikh dan semakan bayaran:


FAQ Bayaran Elaun MARA 2024

Soalan: Saya lihat di e-Baki ada transaksi bayaran pada 14hb (contoh), tapi sekarang sudah 20hb masih belum ada transaksi bayaran di akaun bank saya.

Jawapan: Transaksi bayaran yang dikemaskini pada setiap pertengahan bulan adalah untuk bayaran yang dijadualkan akan dikreditkan ke akaun bank pelajar pada 1hb bulan berikutnya.

2. Soalan: Saya sudah menerima elaun pertama saya, tapi ia hanya elaun untuk 6 bulan sahaja. Bilakah saya akan terima elaun bulan yang selebihnya?

Jawapan: Elaun pertama dijana memang ditetapkan pada kadar 6 bulan pertama tempoh tajaan. Elaun selebihnya sehingga tempoh semasa akan dijana pada hujung bulan berikutnya.

3. Soalan: Saya lihat di e-Baki saya ada transaksi bayaran elaun sara hidup (DLES) dan yuran (DLYD), tetapi kenapa di akaun bank cuma ada bayaran elaun sara hidup.

Jawapan: Pembayaran elaun sara hidup (DLES) adalah terus kepada akaun bank pelajar manakala bermula 1 September 2016 pembayaran yuran (DLYD) pelajar tajaan MARA di IPMa dan IPTS adalah terus kepada institusi pengajian masing-masing.

4. Soalan: Saya menerima amaun yuran (DLYD) di akaun bank saya. Apakah yang perlu saya lakukan?

Jawapan: Bermula 1 September 2016, pembayaran yuran (DLYD) adalah terus kepada akaun bank bagi kumpulan pelajar tajaan MARA di IPTA, Sarjana, Doktor Falsafah dan Professional ACCA. Adalah menjadi tanggung jawab setiap pelajar membuat pembayaran yuran kepada institusi pengajian masing-masing.

5. Soalan: Saya lihat di e-Baki ada transaksi bayaran elaun sara hidup pertama saya RM4,200 (contoh), tetapi kenapa di akaun bank saya, hanya menerima RM3,600 (kurang RM600)?

Jawapan: Amaun potongan RM600 adalah potongan untuk bayaran balik Pinjaman Pendahuluan MARA yang ditolak terus dari elaun sara hidup sebanyak RM100 sebulan. Memandangkan elaun sara hidup pertama dibayar untuk tempoh 6 bulan, maka potongan pendahuluan juga dibuat untuk tempoh 6 bulan (RM100 x 6 bulan). Potongan RM100 akan terus berjalan sehingga habis baki Pinjaman Pendahuluan MARA.

6. Soalan: Tajaan MARA saya lambat diluluskan oleh itu saya telah membuat pembayaran yuran semester terdahulu menggunakan wang simpanan KWSP ibubapa saya. Bagaimana saya boleh menuntut semula yuran berkenaan kerana ia juga dalam tempoh tajaan MARA? 

Jawapan: Tuntutan pembayaran yuran boleh dibuat dengan menghantar surat tuntutan dan resit asal pembayaran kepada alamat di bawah:-

Pengarah Penganjuran Pelajaran MARA

Unit Bayaran (u/p Puan Ros-Azrina binti Borhan)

Tingkat 10, Ibu Pejabat MARA

21 Jalan MARA

50609 Kuala Lumpur

7. Soalan: Saya masih menerima elaun melalui cek. Saya ingin pembayaran terus ke akaun bank.

Jawapan: Sila emelkan salinan buku bank / online banking / penyata bank yang mempunyai maklumat Nama dan No. Akaun Bank kepada Bahagian Kewangan MARA: 

Emel: infobkw@mara.gov.my/ noraziah@mara.gov.my


Artikel Berkaitan:

👉 Permohonan Biasiswa MARA Online

Semoga perkongsian Jadual Bayaran Elaun MARA tahun 2024 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.