Cara Tuntutan Khairat Kematian ASB 2022 (Borang & Kadar)



Cara Tuntutan Khairat Kematian ASB 2022 (Borang & Kadar)|APA itu skim khairat kematian ASB? Panduan buat anda pemegang ASB yang ingin ketahui cara tuntutan skim khairat kematian ASB bagi setiap pendoposit yang melabur dalam saham terbitan PNB seperti ASB, ASN, ASM dan lain-lain lagi. Berikut dikongsikan Cara Tuntutan Khairat Kematian ASB 2022 buat rujukan anda.

Cara Tuntutan Khairat Kematian ASB 2022 (Borang & Kadar)

Sedia maklum, Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan antara dana unit amanah yang popular bagi golongan Bumiputera di Malaysia dan waris pendeposit layak mendapat khairat kematian sehingga RM2,000. Pihak PNB telah menyediakan bantuan khairat kematian ini dengan kadar berlainan bagi setiap individu yang mempunyai kadar simpanan yang berlainan dalam unit amanah mereka. Tuntutan kematian ini mestilah dibuat dalam tempoh 6 bulan kematian pendeposit.


Cara Tuntutan Khairat Kematian ASB 2022 (Borang & Kadar)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Tuntutan Skim Khairat Kematian ASB 2022 termasuk borang permohonan & kadar Khairat Kematian ASB:


Cara Tuntutan Khairat Kematian ASB

Proses memohon Skim khairat kematian ASB adalah seperti berikut:

1. Sila hadir ke kaunter ASNB yang berdekatan.

2. Kemudian, bawa bersama dokumen penting seperti sijil kematian pendeposit atau pemegang akaun.

3. Bagi pemegang akaun yang mempunyai simpanan kuranng daripada RM5,000 waris boleh membuat pengeluaran wang simpanan.

4. Jika jumlah simpanan adalah melebihi RM5,000, kes ini mestilah dirujuk di Amanah Raya Berhad dimana proses pembahagian harta pusaka ini akan dibuat mengikut wasiat dan faraid.


Kadar Khairat Kematian ASB

Berikut adalah julat simpanan dan kadar khairat kematian yang ditetapkan oleh ASB:

◼️ RM10 – RM4,999: Khairat kematian RM200 + bantuan RM800 bagi keluarga kurang berkemampuan

◼️ RM5,000 – RM10,000: Khairat kematian RM1,000

◼️ RM10,000 –: Khairat kematian RM2,000

Walau bagaimanapun, nilai ini boleh berubah dari semasa ke semasa mengikut budi bicara dan prestasi kewangan PNB. UPDATE: Dari Portal ASNB, terdapat perubahan struktur baru khairat kematian ASB seperti berikut:

◼️ Bawah 1,000.00 unit – RM200

◼️ 1,000.00 unit dan ke atas – RM500


Jangka Proses Permohonan Khairat Kematian ASB

- Biasanya ianya mengambil masa 3 minggu hingga sebulan setengah. Tempoh ini mungkin agak lama tetapi sebagai waris, tuntutlah hak anda ini.

- Bagi mengelakkan sebarang kelewatan memproses bantuan ini, pastikan anda menyediakan segala dokumen dan maklumat yang diminta.


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau perubahan terkini mengenai khairat kematian ASB, sila rujuk laman rasmi ASNB di pautan https://www.asnb.com.my/asnbv2_5faq.php#khairat

Semoga perkongsian Cara Tuntutan Khairat Kematian ASB 2022 ini dijadikan rujukan buat pemegang ASB!

No comments

Powered by Blogger.