Cara Daftar Akaun HelloGold 2023 (Beli & Jual)



Cara Daftar Akaun HelloGold 2023 (Beli & Jual)|ANDA ingin daftar HelloGold? Perhatian buat anda yang ingin ketahui cara daftar dan register akaun HelloGold Malaysia tahun 2023 menerusi Aplikasi HelloGold. Berikut dikongsikan Cara Daftar Akaun HelloGold 2023 buat rujukan anda.

Cara Daftar Akaun HelloGold 2022 (Beli & Jual)

Sedia maklum, HelloGold merupakan sebuah aplikasi membeli emas mudah alih patuh syariah yang pertama di dunia dimana membolehkan anda membeli dan menjual emas serendah RM1 di satu platform. Kini anda tidak perlu lagi bersusah-payah untuk menyimpan emas fizikal kerana emas gred pelaburan dengan ketulenan 99.99% anda dijamin sepenuhnya dan disimpan di bilik kebal di Singapura dengan kawalan keselamatan yang terkini.


Cara Daftar Akaun HelloGold 2023 (Beli & Jual)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Daftar Akaun HelloGold termasuk cara buka akaun, cara beli dan jual emas di HelloGold:


Cara Buka Akaun HelloGold 2023

Sebagai permulaan, anda dikehendaki untuk daftar terlebih dahulu untuk membuka akaun Hello Gold anda. Berikut adalah caranya:

1. Pertama kali, buka Aplikasi Hello Gold anda terlebih dahulu.

2. Kemudian, tekan SmartSaver ikon di laman utama.

3. Klik “Daftar Sekarang” di SmartSaver skrin.

4. Pilih Matlamat dan isikan jumlah dana yang ingin anda masukkan.

5. Anda perlu buat pilihan cara pembayaran samada secara Baki Tunai, Perbankan Online, Boost atau Touch ‘n Go.


Cara Beli Emas Di HelloGold

1. Masukkan amaun emas yang anda ingin beli.

2. Kemudian, sahkan tempahan anda dan masukan OTP yang dihantar kepada anda dan teruskan.


Cara Jual Emas Di HelloGold

Untuk menjual emas di Hello Gold, pastikan anda menyemak terlebih dahulu harga jual emas semasa. Berikut adalah cara jual emas di HelloGold:

1. Masukkan amaun atau jumlah emas yang anda ingin jual.

2. Kemudian, sahkan tempahan anda dan masukan OTP yang dihantar kepada anda dan teruskan.

3. Wang tunai anda akan dimasukkan ke dalam akaun anda dengan serta-merta. Selamat mencuba!


Cara Keluarkan Duit HelloGold Ke Akaun Bank

Setelah anda menjual emas di HelloGold, wang jual anda tadi akan masuk di bahagian cash balance akaun HelloGold anda. Untuk membuat pindahan masuk ke dalam akaun bank anda atau ewallet, berikut adalah caranya:

1. Pastikan anda tukar dari akaun Hello Gold Biasa ke HelloGold PRO. Lakukannya dengan mengesahkan identiti anda mengikut 3 langkah berikut:

- Ambil gambar bahagian hadapan MyKad / halaman biometrik pasport anda

- Ambil gambar bahagian belakang MyKad / pas residen anda

- Ambil swafoto

2. Setelah selesai, anda perlu klik pada Withdraw Cash dan isikan jumlah yang ingin dikeluarkan.

3. Kemudian, pilih bank dan isikan nombor akaun anda.

4. Sila ambil gambar / muat naik penyata bank anda dan pastikan nama, akaun bank, alamat dan nombor akaun dan tarikh penyata dapat dilihat dengan jelas.

5. Sahkan pesanan Pengeluaran Tunai anda lalu wang anda akan dipindahkan dari akaun HelloGold ke dalam akaun bank anda.


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Hello Gold, sila layari laman web rasmi Hello Gold di https://www.hellogold.com/my/smartsaver/ atau hubungi Khidmat pelanggan HelloGold di 1 300 130 888 (Malaysia) atau +603 7661 6228 (luar negara).

Semoga perkongsian Cara Daftar HelloGold tahun 2023 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.