Permohonan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2022 Online (Semakan Keputusan)



Permohonan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2022 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan Bantuan Prihatin Pahang 2022 bakal dibuka? Perhatian buat anda warga negeri Pahang yang berkelayakan membuat permohonan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) tahun 2022. Berikut dikongsikan Permohonan Bantuan Prihatin Pahang 2022 Online buat rujukan anda.

Permohonan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2022 Online (Semakan Keputusan)

Sedia maklum, Murid Tahun Satu Sesi 2022 akan menerima sumbangan awal persekolahan berjumlah RM100. Bantuan Prihatin Pahang (BPP) melibatkan peruntukkan sebanyak RM30 juta ini bakal dinikmati lebih 297,013 penerima di bawah emapt kluster utama yang akan diagihkan kepada warga negeri Pahang merangkumi pelajar dan anak muda, kumpulan B40, umum dan apresiasi.


Permohonan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2022 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Bantuan Prihatin Pahang termasuk syarat kelayakan, semakan keputusan, kadar dan tarikh bayaran:


Kategori Penerima Bantuan Prihatin Pahang 2022

Bantuan Prihatin Pahang yang berjumlah keseluruhan hampir RM30 juta ini bakal dinikmati lebih 297,013 penerima dibawah 4 kluster utama iaitu:

1. Pelajar dan Anak Muda

Pelajar Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Pelajar Tahfiz, Pelajar Universiti, Politeknik, Anak muda 18 hingga 21 tahun dan anak muda yang berniaga

2. Golongan B40

Anak Yatim, Ibu tunggal, gelandangan, nelayan dan pemandu teksi

3. Kluster Umum

Kampung tradisi, peneroka, orang Asli, penjaja harian, pengusaha bot dan pemandu pelancong

4. Kluster Apresiasi

5. Veteran Tentera dan Polis


Kadar Bantuan Bantuan Prihatin Pahang 2022

Berikut disenaraikan perincian bayaran BPP 2022 yang akan disalurkan. Antara bentuk bantuan yang bakal diterima termasuklah:

Tunai RM200 – untuk veteran tentera dan polis, nelayan, penjaja harian, pemandu teksi, pelajar universiti, anak yatim, ibu tunggal, pengusaha e-hailing, pengusaha bot, pemandu pelancong serta anak muda lepasan SPM.

Tunai RM100 – untuk pelajar tahun 1, pelajar tahfiz, gelandangan, pelajar SPM dan STPM.

Tunai RM300 – untuk penggiat di media sosial.

160,000 Kotak Aidilfitri – untuk penduduk kampung dan masyarakat Orang Asli.


Tarikh Bayaran Bantuan Prihatin Pahang 2022

- Tarikh bayaran Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2022 bermula bulan April hingga Julai 2022.


Semakan Keputusan Bantuan Prihatin Pahang 2022

*Akan dikemaskini


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Bantuan Prihatin Pahang, sila layari Facebook Kerajaan Negeri Pahang atau Laman Web Kerajaan Negeri Pahang di https://www.pahang.gov.my/

Semoga perkongsian Permohonan Bantuan Prihatin Pahang tahun 2022 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.