Senarai Harga Pos Motor Gdex 2024 (Kadar)



Senarai Harga Pos Motor Gdex 2024 (Kadar)|BERAPAKAH harga terkini pos motosikal Gdex bagi tahun 2024? Panduan buat anda yang ingin ketahui senarai harga pos motosikal dengan menggunakan Gdex. Untuk makluman anda, semakan harga pos motor Gdex tahun 2024 boleh dibuat secara online menerusi Portal Rasmi Gdex. Berikut dikongsikan Senarai Harga Pos Motor Gdex 2024 buat rujukan anda.

Senarai Harga Pos Motor Gdex 2022 (Kadar)

Senarai Harga Pos Motor Gdex 2024 (Kadar)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan senarai harga pos motor Gdex tahun 2024 termasuk kadar dan cara pos motorsikal menggunakan Gdex:

Kadar Harga Pos Motor Gdex 2024

1. Harga mengepos motorsikal bergantung pada jarak destinasi penghantaran serta cc motorsikal. Harga boleh menjadi mahal sedikit jika pengirim memilih “pick up” service.

2. Harga untuk menghantar motorsikal bawah 150CC ke bawah bermula dari RM 220. Bagi caj “pick up service” di dalam Semenanjung Malaysia, dalam Sabah serta dalam kawasan Sarawak akan dikenakan sebanyak RM 5.00.

3. Manakala, bagi penghantaran merentasi Semenanjung Malaysia ke Sabah atau Sarawak dan sebaliknya akan dikenakan caj sebanyak RM 10.00.

Cara Pos Motor Menggunakan Gdex

Berikut adalah cara atau panduan pos motor menggunakan perkhidmatan Gdex:

1. Pastikan anda memilik keahlian myGdex E-Wallet. Proses pendaftaran ahli boleh dilakukan dengan mudah di pautan https://my.gdexexpress.com/signup. Anda perlu top up e-Wallet untuk melakukan segala transaksi.

2. Terdapat dua cara untuk menyediakan Nota Kiriman iaitu secara manual atau atas talian.

3. Pengirim boleh memilih sama ada untuk menghantar motorsikal di cawangan Gdex atau menggunakan perkhidmatan “pick up service”.

Info Penting Penghantaran Motorsikal

Berikut merupakan info penting yang perlu diambil tahu oleh pelanggan ketika pos motorsikal ke destinasi dipilih.

1. Pengirim yang menghantar motorsikal di cawangan Gdex perlu membawa salinan geran serta IC pengirim.

2. Motorsikal perlu dibungkus dengan kemas dan pastikan tangki minyak tidak penuh. Hal ini untuk mengelakkan masalah kebocoran serta kebakaran ketika proses penghantaran.

3. No. Plat serta cermin sisi harus ditanggalkan sebelum menghantar motorsikal ke kaunter Gdex. Pengirim turut tidak digalakkan untuk meletakkan kunci motor bersama dengan kenderaan.

Kelebihan Pos Motor Guna GDex

Terdapat beberapa kelebihan menggunakan perkhidmatan Gdex untuk menghantar motor. Antaranya adalah berikut:

1. Perkhidmatan GDex dianggap sangat cepat serta menjimatkan masa serta tenaga pengguna. Portal ini sering digelar “hassle free” disebabkan penempahan boleh dilakukan bolej juga dilakukan di atas talian sahaja.

2. Perkhidmatan Gdex memiliki rangkaian penghantaran yang luas. Oleh itu, pengirim boleh meletakkan motorsikal yang perlu dihantar di mana-mana cawangan Gdex di serata kawasan, agen Gdex atau di pusat lodge in.

3. Pengirim turut boleh melakukan penempahan pada bila-bila masa mengikut kesesuaian.

4. Penempahan yang mudah. Proses penempahan boleh dilakukan dengan mudah pada bila-bila masa mengikut kesesuaian pengguna.

Masa Penghantaran

1. Masa diambil untuk menghantar motorsikal menggunakan servis Gdex bergantung pada destinasi dipilih.

2. Bagi pengangkutan tempatan, akan mengambil dalam 2 hingga 3 hari bekerja. Bagi penghantaran antarabangsa akan mengambil masa dalam 4 hingga 7 hari bekerja.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan perhubungan myGdex, sila menghubungi nombor tertera di bawah:

No: 03 - 6419 5003 (Costumer Careline)
Email: mygdexadmin@gdexpress.com
Alamat: No, 19 Jalan Tandang, 46050 Petaling Jaya, Selangor, Darul Ehsan.

Semoga perkongsian Harga Pos Motor Gdex Terkini ini dijadikan panduan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.