Sinopsis Drama Bisik-Bisik Gelora Lakonan Redza Rosli & Raysha Rizrose



Sinopsis Drama Bisik-Bisik Gelora Lakonan Redza Rosli & Raysha Rizrose|ADAKAH anda peminat drama Melayu? Saksikan drama bersiri akan datang yang diadaptasi novel berjudul "Bisik-Bisik Gelora'' karya Fauziah Ashari bakal ditayangkan secara rasmi mulai 21 Mei 2022 jam 7:00 malam di slot Akasia TV3. Bakal menampilkan lakonan hebat seperti Redza Rosli, Raysha Rizrose, Gambit Saifullah, Hafidz Roshdi, Mark Adam, Afifah Nasir dan ramai lagi. Drama bersiri 35 episode ini merupakan arahan Riza Baharudin dan terbitan dibawah Global Station Sdn Bhd. Berikut dikongsikan Sinopsis Drama Bisik-Bisik Gelora buat rujukan anda.

Sinopsis Drama Bisik-Bisik Gelora Lakonan Redza Rosli & Raysha Rizrose

Sinopsis Drama Bisik-Bisik Gelora Lakonan Redza Rosli & Raysha Rizrose

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Sinopsis Drama Bisik-Bisik Gelora termasuk senarai pelakon, sinopsis novel dan OST/ lagu tema yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa:

Info Penting Drama Bisik-Bisik Gelora

Judul : Bisik-Bisik Gelora
Episod: 35
Tarikh Tayangan: 21 Mei 2022
Waktu Siaran: Isnin-Ahad, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3
Penulis Novel: Fauziah Ashari
Penulis Skrip: Intan Zarina Mohd Yasin
Pengarah: Riza Baharudin
Produksi: Global Station Sdn Bhd
Senarai Pelakon: Redza Rosli, Raysha Rizrose, Gambit Saifullah, Hafidz Roshdi, Ruminah Sidek, Mark Adam, Afifah Nasir, Kodi Rasheed, Shakilla Khoriri, Edika Yusof, Damia Qaissarah

Watak Pelakon:

Redza Rosli sebagai Jad Izzuddin
Raysha Rizrose sebagai Banin Arumi
Gambit Saifullah sebagai Fakhri
Hafidz Roshdi sebagai Wari
Ruminah Sidek sebagai Nek Muya
Afifah Nasir sebagai Nada
Kodi Rasheed sebagai Yahya
Shakilla Khoriri sebagai Juni

Senarai Lagu dan OST Drama Bisik-Bisik Gelora

*Akan dikemaskini

Sinopsis Drama Bisik-Bisik Gelora

Mengisahkan Jad, seorang pemuda kampung yang lurus bendul bertemu dengan Arumi, seorang gadis bandar yang liar di usia yang muda. Mereka terperangkap dalam tangkap basah dan terpaksa berkahwin. Pada malam selepas perkahwinan mereka, Jad ditangkap dan dipenjarakan kemudian. 

Arumi melanjutkan pelajaran ke luar negara dan terlupa akan hakikat bahawa dia masih isteri kepada Jad. Selepas Jad dibebaskan, dia telah dikaburi dengan dendam. Jad telah menemui Arumi dan menuntutnya kembali taat kepadanya sebagai seorang isteri.

No comments

Powered by Blogger.