Permohonan BINGKAS Selangor 2023 Online (Semakan Status)



Permohonan BINGKAS Selangor 2023 Online (Semakan Status)|BILAKAH tarikh permohonan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) 2023 bakal dibuka? Untuk makluman anda, Kerajaan Selangor akan melancarkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) bagi tahun 2023 yang bakal dibuka secara online di laman sesawang www.bingkasselangor.com mulai 1 Julai 2022 jam 9.00 pagi. Berikut dikongsikan Cara Permohonan BINGKAS Selangor 2023 Online buat rujukan anda.

Permohonan BINGKAS Selangor 2022 Online (Semakan Status)

Sedia maklum, BINGKAS Selangor merupakan program baharu yang memberikan bantuan sebanyak RM3,600 setahun ataupun RM300 sebulan kepada setiap keluarga yang layak pasca COVID-19 termasuk ibu tunggal yang menerima bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan KISS Ibu Tunggal (KISS-IT). BINGKAS boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti membeli barangan keperluan rumah, pembayaran yuran dan juga pendidikan anak-anak serta menyara keperluan hidu


Permohonan BINGKAS Selangor 2023 Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) termasuk syarat kelayakan, jumlah bantuan dan semakan status:


Syarat Kelayakan BINGKAS Selangor 2023

Antara syarat kelayakan permohonan BINGKAS adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia;

2. Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;

3. Pemilih berdaftar di Negeri Selangor.

4. Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah; dan

5. Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000.00 sebulan.


Jumlah Bantuan

- Jumlah bantuan yang akan disalurkan adalah RM300 sebulan selama 12 bulan, iaitu berjumlah RM3,600.


Cara Permohonan BINGKAS Selangor 2023

A. PERHATIAN KEPADA PENERIMA / PEMEGANG KAD KISS YANG MASIH AKTIF

1. Sukacita dimaklumkan bahawa pemegang / penerima kad KISS didalam DUN Taman Medan yang masih aktif, nama anda akan dimasukkan secara automatik ke Program BINGKAS ini bermula 1 Julai 2022. Anda hanya perlu mengaktifkan akaun BINGKAS di Wavpay E-Wallet melalui aplikasi Selangkah. Pengaktifan hanya boleh dilakukan pada bermula 1 Julai 2022 jam 9.00 Pagi.

2. Langkah-langkah untuk mengaktifkan BINGKAS boleh rujuk di sini: shorturl.at/amqwH

3. Selepas akaun BINGKAS anda diaktifkan, anda diberi masa selama 2 bulan (sebelum 31 Ogos 2022) untuk mengemaskini butiran peribadi anda di laman sesawang www.bingkasselangor.com bagi membolehkan anda dapat terus menerima manfaat ini. Jika gagal berbuat demikian atau telah hilang kelayakan, akaun BINGKAS anda akan ditamatkan pada 1 September 2022.

B. PERMOHONAN BARU BINGKAS (ONLINE)

1. Program BINGKAS ini masih mengekalkan sistem Kuota bagi setiap DUN didalam Selangor.

Untuk memohon BINGKAS, anda WAJIB muat turun aplikasi SELANGKAH & aplikasi WavPay (link https://play.google.com/store/apps/details…). Wavpay boleh digunakan apabila permohonan BINGKAS anda lulus.

2. Permohonan boleh dilakukan bermula 1 Julai 2022 jam 9.00 pagi secara atas talian di www.bingkasselangor.com

3. Permohonan yang dibuat mestilah mematuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti dibawah :

– Warganegara Malaysia;

– Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;

– Pemilih berdaftar di Negeri Selangor

– Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah; dan

– Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000.00 sebulan.

4. Dokumen Pendaftaran:-

1) Salinan Kad Pengenalan Pemohon

2) Salinan kad pengenalan pasangan & tanggungan

3) Dokumen Pengesahan Pendapatan (Slip gaji/ Surat pengesahan Pendapatan jika tidak bekerja atau bekerja sendiri)

4) Salinan semakan SPR

5) Salinan Kad OKU (jika berkaitan)

6) Salinan Sijil Kematian/ Sijil Cerai (jika berkaitan)


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan BINGKAS, sila hubungi di Hotline 1-800-22-6600 atau rujuk ke Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras DUN masing-masing.

Aplikasi Selangkah | Inapps Helpdesk / Livechat

Pengaktifan E-Wallet | +6016-325 4199 (Whatsapp) | bingkasbantuan@wavpay.net

Semoga perkongsian Cara Permohonan BIINGKAS tahun 2023 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.