Permohonan Rumah Siswa Pelajar IPTA 2022 Online (Semakan Status)



Permohonan Rumah Siswa Pelajar IPTA 2022 Online (Semakan Status)|BILAKAH tarikh permohonan Rumah Siswa Pelajar IPTA 2022 bakal dibuka? Berita baik untuk semua pelajar IPTA yang ingin dan berkelayakan mendapatkan rumah sewa di sekitar kampus masing-masing. Untuk makluman anda, kini mereka boleh mohon Rumah Siswa Pelajar IPTA tahun 2022 menerusi Portal Rumah Siswa yang dibangunkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Berikut dikongsikan Permohonan Rumah Siswa Pelajar IPTA 2022 Online buat rujukan anda.

Permohonan Rumah Siswa Pelajar IPTA 2022 Online (Semakan Status)

Sedia maklum, Inisiatif ini dilancarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad pada 4 Mac 2021 bagi menangani isu pengurusan serta keselamatan pelajar IPTA yang tidak tinggal dalam kampus. Dengan adanya Rumah Siswa ini, ia akan secara tidak langsung akan membantu pihak IPT untuk mentadbir, menelaras serta menguruskan keperluan serta hal ehwal berkaitan kebajikan mahasiswa yang menyewa di luar kampus.


Permohonan Rumah Siswa Pelajar IPTA 2022 Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Rumah Siswa Pelajar IPTA termasuk senarai IPTA yang terlibat dan semakan status:


Apa Itu Portal Rumah Siswa?

Portal Rumah Siswa merupakan satu platform khas yang menghubungkan pelajar sebagai penyewa kepada pemilik premis, mendapatkan khidmat nasihat serta memudahkan proses pencarian bilik atau rumah sewa di sekitar kampus pada harga kompetitif.


Senarai IPTA Yang Terlibat

Portal ini melibatkan kerjasama daripada 20 IPTA utama di seluruh negara seperti berikut:

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Universiti Malaya (UM)

Universiti Utara Malaysia (UUM)

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Universiti Sains Malaysia (USM)

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Universiti Putra Malaysia (UPM)

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)


Cara Permohonan Rumah Siswa Pelajar IPTA 2022 Online

1. Layari laman web Portal Rumah Siswa secara online menerusi pautan di https://rumahsiswa.mohe.gov.my/.

2. Kemudian, klik butang ‘Daftar’ di bahagian atas kanan laman web.

3. Isikan maklumat yang diperlukan dan klik pada butang ‘Daftar.’

4. Log masuk ke email anda dan klik butang ‘Verify Email Address’ untuk mengesahkan email.

5. Untuk membuat carian, taip nama tempat/bandar diikuti dengan butang ‘Cari.’

6. Senarai kediaman akan dipaparkan di screen untuk rujukan pelajar.


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai Portal Rumah Siswa, sila layari laman web https://rumahsiswa.mohe.gov.my/.

Semoga perkongsian Permohonan Rumah Siswa Pelajar IPTA tahun 2022 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.