Permohonan Bantuan Projek Pertanian Negeri Pahang 2023 Online



Permohonan Bantuan Projek Pertanian Negeri Pahang 2023 Online|ANDA ingin mohon Bantuan Projek Pertanian Negeri Pahang tahun 2023? Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pertanian Negeri Pahang kini menawarkan Bantuan Projek Pertanian 2023 kepada pengusaha pertanian di Pahang yang mempunyai tanah. Untuk makluman anda, permohonan Bantuan Projek Pertanian Negeri Pahang 2023 dibuka secara online sehingga tarikh tutup permohonan iaitu 15 September 2022. Berikut dikongsikan Permohonan Bantuan Projek Pertanian Negeri Pahang 2023 Online buat rujukan anda.

Permohonan Bantuan Projek Pertanian Negeri Pahang 2023 Online


Permohonan Bantuan Projek Pertanian Negeri Pahang 2023 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Bantuan Projek Pertanian Negeri Pahang termasuk syarat kelayakan:


Syarat Kelayakan Bantuan Projek Pertanian Pahang 2023

Pemohon perlulah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut:

- Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.

- Mempunyai tanah geran/syrat hak pemilik/surat kebenaran mengusaha yang dibenarkan serta mempunyai tanah sekurang-kurangnya 0.40 HA (1 ekar).

- Memberikan komitmen sepenuhnya terhadap projek dan boleh berdikari sendiri serta menunjukkan daya usaha terhadap projek.

- Jika pernah mendapat bantuan projek pertanian sebelum ini, permohonan bantuan boleh dibuat selepas 3 tahun jika terdapat keperluan.


Cara Mohon Bantuan Projek Pertanian Negeri Pahang 2023

1. Muat turun borang permohonan di pautan https://cdn.me-qr.com/pdf/8621812.pdf.

2. Kemudian, isikan borang permohonan dengan lengkap.

3. Pastikan sediakan dokumen yang diperlukan dan hantar semua dokumen ke Pejabat Pertanian Daerah yang berdekatan.

4. Pemohon perlulah sertakan bersama dokumen seperti yang disenaraikan berikut:

- Salinan kad pengenalan

- Salinan Geran/Surat Kuasa/Resit Bayaran Cukai/Surat Perjanjian

- Salinan permit pekerja asing (jika berkenaan)


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Bantuan Projek Pertanian 2023, sila hubungi Pejabat Pertanian Daerah terdekat di talian:

Pejabat Pertanian Daerah Kuantan: 09-5366566

Pejabat Pertanian Daerah Pekan: 09-4221394

Pejabat Pertanian Daerah Rompin: 09-4140151

Pejabat Pertanian Daerah Maran: 09-4771528

Pejabat Pertanian Daerah Temerloh: 09-2901200

Pejabat Pertanian Daerah Bera: 09-2557353

Pejabat Pertanian Daerah Jerantut: 09-2662300

Pejabat Pertanian Daerah Bentong: 09-2236040

Pejabat Pertanian Daerah Raub: 09-3551267

Pejabat Pertanian Daerah Lipis: 09-3121231

Pejabat Pertanian Daerah Cameron Highlands: 05-4901661

Semoga perkongsian Permohonan Bantuan Projek Pertanian Negeri Pahang tahun 2023 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.