Senarai Kereta Paling Jimat Minyak Malaysia 2024 (Terkini)



Senarai Kereta Paling Jimat Minyak Malaysia 2024 (Terkini)|ANDA ingin beli kenderaan kereta dengan penjimatan minyak? Apakah senarai kereta di Malaysia yang paling jimat penggunaan bahan api? Panduan buat rakyat Malaysia yang ingin ketahui senarai kereta paling jimat minyak di Malaysia tahun 2024. Berikut dikongsikan Senarai Kereta Paling Jimat Minyak Malaysia 2024 buat rujukan anda.

Senarai Kereta Paling Jimat Minyak Malaysia 2022 (Terkini)

Sedia maklum, tahukah anda tahap kecekapan penggunaan bahan api merupakan antara kriteria utama yang digunakan dalam pemilihan sesebuah kenderaan. Dalam situasi dunia yang mengalami kegawatan ekonomi ini, sudah pasti ramai yang sedang cuba untuk berjimat-cermat demi kelangsungan hidup termasuk penjimatan dalam penggunaan bahan api. Persoalannya, dalam konteks pasaran Malaysia, apakah model-model kenderaan yang paling jimat penggunaan bahan apinya?


Senarai Kereta Paling Jimat Minyak Malaysia 2024 (Terkini)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Senarai Kereta Paling Jimat Minyak Di Malaysia Tahun 2024:


Senarai Kereta Paling Jimat Minyak Malaysia 2024

Berikut dikongsikan Kereta Paling Jimat Minyak Di Malaysia Tahun 2024 yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa:

1. Kereta Perodua Bezza (M) 4.4 L/100 km
2. Kereta Perodua Axia (M) 4.4 L/100 km
3. Kereta Perodua Axia (A) 4.6 L/100 km
4. Kereta Perodua Bezza (A) 4.7 L/100 km
5. Kereta Perodua Kancil 600cc  4.7 L/100 km
6. Kereta Mitsubishi Attrage 4.8 L/100 km
7. Kereta Perodua Viva 660cc 4.8 L/100 km
8. Kereta Perodua Myvi (M) 4.9 L/100 km
9. Kereta Perodua Myvi (A) 5.0 L/100 km
10. Kereta Perodua Kelisa 5.0 L/100 km

Punca-Punca Minyak Kereta Cepat Habis

Antara punca yang menyebabkan minyak kereta selalu cepat habis. Berikut adalah sebab-sebabnya:

1. Pemanduan Yang Laju

Pemanduan yang laju turut mempercepatkan penggunaan bahan bakar kereta anda. Mengikut beberapa kajian, pemanduan yang laju tanpa henti dengan penggunaan brek yang kerap akan mengurangkan bahan bakar sebanyak 33 peratus. 

2. Perjalanan Berbukit & Tidak Rata

Antara faktor menyebabkan kenderaan anda cepat kehabisan minyak adalah kerana keadaan jalan yang anda lalui. Pemanduan di jalan yang berbatu, berbukit atau tidak rata boleh menyebabkan penggunaan bahan api lebih tinggi jika dibandingkan jika menggunakan laluan yang biasa. 

3. Kesesakan Lalu Lintas

Tahukah anda tersekat dalam kesesakan lalu lintas juga menjadi penyebab kehabisan minyak dengan lebih cepat. Ini kerana kesesakan lalu lintas membawa kesan buruk kepada enjin dan juga penggunaan bekalan api. Dalam kesesakan jalan raya, penggunaan brek, pedal minyak akan menyebabkan tangki minyak kereta anda surut lebih cepat daripada keadaan biasa. 

4. Waktu Yang Sesuai Mengisi Minyak 

Mengisi minyak pun perlu masa yang sesuai bagi mendapatkan penjimatan yang optimum. Sekiranya anda ingin mengisi minyak, pastikan anda mengisi minyak ketika cuaca yang redup atau lebih baik lagi, isi minyak pada waktu malam. Apabila anda mengisi minyak pada waktu panas, kadar minyak akan berkurangan kerana ia meruap dalam persekitaran yang panas. 

Artikel Berkaitan:

Semoga perkongsian Senarai Kereta Paling Jimat Minyak Malaysia Tahun 2024 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.