Tarikh Monsun Timur Laut Malaysia 2022 (Musim Tengkujuh)



Tarikh Monsun Timur Laut Malaysia 2022 (Musim Tengkujuh)|APA itu Angin Monsun Timur Laut? Panduan buat rakyat Malaysia yang ingin ketahui tarikh Angin Monsun Timur Laut (Musim Tengkujuh) di Malaysia tahun 2022. Untuk makluman anda, Jabatan Metereologi Malaysia menjangkakan Monsun Timur Laut (MTL) atau musim tengkujuh di Malaysia akan bermula lebih awal daripada yang dijangka iaitu pada 7 November 2022 (Isnin) dan berterusan sehingga bulan Mac 2023. Berikut dikongsikan Tarikh Monsun Timur Laut 2022 Malaysia buat rujukan anda. 

Tarikh Monsun Timur Laut Malaysia 2022 (Musim Tengkujuh)

Sedia maklum, Angin Monsun Timur Laut adalah berpunca dari pedalaman benua Asia. Pada 11 November hingga Mac, pedalaman Asia merupakan kawasan tekanan udara tinggi kerana bermusim sejuk. Benua Australia adalah kawasan bertekanan rendah kerana mengalami musim panas. Udara bergerak dari kawasan tekanan tinggi, iaitu pedalaman benua Asia ke kawasan tekanan rendah, iaitu ke benua Australia. Angin ini merentasi Laut China Selatan dan Laut Sulu lalu menurunkan hujan lebat di pantai timur Semenanjung Malaysia, pantai barat Sarawak dan pantai timur Sabah. Tiupan angin monsun timur laut dikenali sebagai ‘musim tengkujuh’ kerana Laut China Selatan bergelora kesan angin kencang ini.


Tarikh Monsun Timur Laut Malaysia 2022 (Musim Tengkujuh)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Tarikh Monsun Timur Laut (Musim Tengkujuh) 2022 Di Malaysia:


Tarikh Jangkaan Monsun Timur Laut 2022

Jabatan Metereologi Malaysia menjangkakan Monsun Timur Laut (MTL) atau musim tengkujuh di Malaysia akan bermula pada 7 November 2022 (Isnin) dan berterusan sehingga Mac 2023.

Tarikh Monsun Timur Laut Malaysia 2022 (Musim Tengkujuh)

Risiko Air Pasang Besar

MetMalaysia turut menjangkakan kejadian air pasang besar berlaku pada 6 hingga 11 November dan 22 hingga 27 November 2022. Ia disusuli fenomena pada 7 hingga 12 Disember dan 22 hingga 26 Disember serta 6 hingga 10 Januari 2023 dan 21 hingga 25 Januari 2023.

Tarikh Monsun Timur Laut Malaysia 2022 (Musim Tengkujuh)


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan amaran terkini dan cuaca setempat di Malaysia, sila rujuk:

Info Banjir: https://publicinfobanjir.water.gov.my 

Laman Web METMalaysia: https://www.met.gov.my/

Muat Turun Aplikasi MyCuaca

Semoga perkongsian Tarikh Monsun Timur Laut Malaysia 2022 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.