Permohonan Bantuan JPKA Sabah 2023 Online (eSBK)



Permohonan Bantuan JPKA Sabah 2023 Online (eSBK)|BILAKAH tarikh permohonan Bantuan Kebajikan JPKA Sabah tahun 2023 bakal dibuka? Perhatian buat Warganegara Malaysia yang bermastautin di Negeri Sabah dan tidak mempunyai pendapatan tetap. Untuk makluman anda, permohonan Bantuan JPKA Sabah 2023 akan dibuka secara online mulai 1 Januari 2023 melalui laman sesawang https://jpka.sabah.gov.my/ atau https://egjpkn.sabah.gov.my/eSBK/. Berikut dikongsikan Permohonan Bantuan JPKA Sabah 2023 Online buat rujukan anda.

Permohonan Bantuan JPKA Sabah 2023 Online (eSBK)

Sedia maklum, Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) membangunkan satu sistem baharu permohonan bantuan kewangan secara dalam talian beroperasi bermula 1 Januari 2023. Selain daripada sistem sedia ada, melalui JPKA telah membangunkan satu sistem baharu permohonan bantuan kewangan secara dalam talian iaitu (https://jpka.sabah.gov.my) yang beroperasi pada 1 Januari 2023. Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah telah ditubuhkan pada tahun 1967 dimana Pengarahnya bertanggungjawab kepada Kementerian Pembangunan Masyarakat & Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah dan juga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan. 


Permohonan Bantuan JPKA Sabah 2023 Online (eSBK)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Bantuan Kebajikan JPKA Sabah termasuk syarat kelayakan dan semakan keputusan:


Cara Permohonan JPKA Sabah 2023 Online

1. Anda boleh buat permohonan di Pejabat Kebajikan Bahagian/ Daerah yang berdekatan.

ATAU:-

2. Mulai 1 Januari 2023, permohonan akan dibuka secara online melalui laman web https://jpka.sabah.gov.my/ atau https://egjpkn.sabah.gov.my/eSBK/


Syarat Kelayakan Bantuan Kebajikan JPKA Sabah 2023

Antara Syarat Kelayakan Permohonan JPKA Sabah adalah seperti berikut:-

1. Pemohon mestilah seorang Warganegara Malaysia yang bermastautin di Sabah

2. Tidak mempunyai pendapatan tetap

3. Layak untik orang miskin/ balu/ janda/warga emas atau Orang Kurang Upaya


Senarai Dokumen Yang Diperlukan

Berikut dikongsikan Senarai Dokumen Yang Diperlukan: 

1. Salinan Kad Pengenalan yang disahkan benar oleh Jabatan Pendaftaran

2. Salinan surat beranak

3. Laporan perubatan (jika berkaitan)

4. Salinan surat cerai, sijil mati pasangan

5. Salinan no akaun bank;

6. Borang Pengesanan Perkhidmatan/ Rujukan Awal boleh juga dimuat turun dari laman web https://jpka.sabah.gov.my/.


Semakan Keputusan Bantuan JPKA Sabah 2023 Online

*Akan dikemaskini


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Bantuan JPKA Sabah, sila layari Portal Rasmi JPKA di pautan https://jpka.sabah.gov.my/

ATAU:-

Sila dapatkan maklumat permohonan melalui laman web https://egjpkn.sabah.gov.my/eSBK/

Semoga perkongsian Permohonan Bantuan JPKA Sabah tahun 2023 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.