Permohonan Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak 2023 Online (Bantuan Bayi Baru Lahir)



Permohonan Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak 2023 Online (Bantuan Bayi Baru Lahir)|BILAKAH tarikh Permohonan Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak (Bantuan Bayi Baru Lahir) 2023 bakal dibuka? Perhatian buat anda Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak yang ingin ketahui cara permohonan Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak Tahun 2023. Berikut dikongsikan Permohonan Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak 2023 Online buat rujukan anda.

Permohonan Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak 2023 Online (Bantuan Bayi Baru Lahir)

Sedia maklum, Kerajaan Negeri Perak melalui Yayasan Perak memperuntukkan sebanyak RM200 kepada bayi kelahiran Negeri Perak mulai tahun 2010 sebagai simpanan permulaan menerusi Skim Simpanan Pendidikan Tinggi Nasional (SSPN-i) dibawah PTPTN. Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak merupakan insentif yang diberikan dalam bentuk simpanan pendidikan SSPN-i untuk masa hadapan anak-anak. Jumlah bantuan adalah pemberian RM200 kepada setiap bayi yang dilahirkan di Negeri Perak mulai tahun 2010.


Permohonan Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak 2023 Online (Bantuan Bayi Baru Lahir)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak (Bantuan Bayi Baru Lahir) termasuk syarat kelayakan dan semakan status:


Syarat Kelayakan Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak 2023

Berikut dikongsikan syarat kelayakan Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak:

1. Penerima manfaat (anak) hendaklah warganegara Malaysia dan kelahiran  Negeri Perak mulai 1 Januari 2010.

2. Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak

atau

3. Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak tetapi  SEDANG  beralamat di luar Negeri Perak dan TELAH bermastautin di Negeri Perak lebih 10 tahun, — SURAT PENGESAHAN BERMASTAUTIN DI NEGERI PERAK LEBIH 10 TAHUN dari Penghulu Mukim / Ketua Kampung diperlukan

atau

4. Ibu atau bapa kelahiran LUAR Negeri Perak dan TELAH  bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun — SURAT PENGESAHAN BERMASTAUTIN DI NEGERI PERAK LEBIH 10 TAHUN dari Penghulu Mukim / Ketua Kampung diperlukan

atau

5. Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak tetapi ANAK LAHIR DI DAERAH YANG BERSEMPADAN dengan Negeri Perak (Hospital Bersalin terletak di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor) – SURAT PENGESAHAN BERMASTAUTIN DI NEGERI PERAK dari Penghulu Mukim / Ketua Kampung diperlukan.


Cara Permohonan Bantuan Bayi Baru Lahir Perak 2023 Online

1. Borang permohonan Bantuan Bayi Baru Lahir Perak boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Cawangan PTPTN Negeri Perak, Pejabat Pusat Khidmat ADUN atau dicetak di Portal Rasmi Yayasan Perak di pautan www.yayasanperak.gov.my


Semakan Status Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak 2023

*Akan dikemaskini


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

Emel: admin@yayasanperak.com.my

Aduan: aduan@yayasanperak.com.my

Whatsapp: 60 13 434 5300

Maklumbalas di laman web Yayasan Perak  ruangan >>Maklum Balas.

Melalui Media Sosial Yayasan Perak (Facebook di Yayasan Perak – Rasmi, Instagram @YayasanPerak, Twitter @YayasanPerak

Semoga perkongsian Permohonan Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak 2023 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.