Senarai Harga Tampal Gigi Klinik Kerajaan & Swasta 2024



Senarai Harga Tampal Gigi Klinik Kerajaan & Swasta 2024|ADAKAH anda sering mengalami masalah sakit gigi? Bagaimana cara mendapatkan rawatan sakit gigi dan mengatasinya? Panduan buat anda yang ingin ketahui senarai harga tampal gigi di klinik kerajaan dan swasta tahun 2024. Berikut dikongsikan Senarai Harga Tampal Gigi Klinik Kerajaan & Swasta 2024 buat rujukan anda.

Senarai Harga Tampal Gigi Klinik Kerajaan & Swasta 2023

Sedia maklum, tampalan gigi merupakan rawatan untuk memulihkan gigi yang berlubang dengan menutupkan ruang di mana bakteria boleh masuk menggunakan bahan tampalan seperti resin komposit dan amalgam. Bahan tampalan yang digunakan bergantung kepada kesesuaian rawatan. Rawatan tampalan gigi itu penting kerana dapat mengurangkan masalah sensitif dan sakit gigi, mencegah gigi berlubang dengan lebih besar, membantu menguatkan fungsi gigi dan mengelak terkena jangkitan kuman.


Senarai Harga Tampal Gigi Klinik Kerajaan & Swasta 2024

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Senarai Harga Tampal Gigi Klinik Kerajaan & Swasta termasuk harga rawatan gigi:


Harga Tampal Gigi Klinik Kerajaan & Swasta 2024

A. Harga Tampal Gigi Klinik Kerajaan 2024

Senarai Harga Tampal Gigi Klinik Kerajaan & Swasta 2023

B. Harga Tampal Gigi Klinik Swasta 2024

◾Tampalan Amalgam

- Dewasa: RM80-200

- Kanak-Kanak: RM50-100

◾Tampal Gigi Sementara

- Dewasa: RM250-400

- Kanak-Kanak: -

◾Tampalan Composite

- Dewasa: RM50-100

- Kanak-Kanak: RM30-70


Tanda-Tanda Gigi Anda Perlu Ditampal

Antara tanda-tanda gigi yang perlu ditampal adalah seperti berikut:

- Tiba-tiba muncul sakit gigi

- Gigi sensitif

- Terasa sakit apabila menggigit makanan atau minuman yang manis, sejuk atau panas


Jenis Bahan Tampal Gigi

Berikut dikongsikan tentang jenis bahan yang boleh digunakan untuk tampal gigi:

1. Komposit

Komposit merupakan bahan yang merupakan campuran resin akrilik dan serbuk kaca. Bahan ini adalah bahan tampalan yang paling kerap digunakan buat masa sekarang.

2. Amalgam

Amalgam merupakan campuran beberapa logam, iaitu merkuri, perak, tembaga dan timah. Kebiasaannya, Amalgam digunakan untuk mengisi gigi belakang.

3. Porselin

Porselin digunakan sebagai bahan untuk mengisi gigi, mahkota pergigian dan venir pergigian. Bahan porselin juga boleh dicampur dengan logam untuk meningkatkan ketahanan terhadap kerosakan gigi.

4. Aloi Emas

Aloi emas sejenis bahan yang mengandungi emas, tembaga dan beberapa logam lain. Ia lebih kerap digunakan untuk mengatasi masalah lubang gigi yang besar dan luas.

Semoga perkongsian Senarai Harga Tampal Gigi Klinik Kerajaan & Swasta 2024 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.