Cara Jual & Beli Kereta Di Carsome Malaysia 2023 Online (Syarat & Pengalaman)



Cara Jual & Beli Kereta Di Carsome Malaysia 2023 Online (Syarat & Pengalaman)|ANDA bercadang untuk membeli kereta terpakai? Bagaimana anda mahu menjual kereta lama di Carsome Malaysia dengan mudah? Panduan buat anda yang ingin ketahui cara jual dan beli kereta terpakai di Carsome Malaysia. Berikut dikongsikan Cara Jual & Beli Kereta Di Carsome Malaysia 2023 Online buat rujukan anda.

Cara Jual & Beli Kereta Di Carsome Malaysia 2023 Online (Syarat & Pengalaman)

Sedia maklum, Carsome merupakan sebuah syarikat yang berasal dari Malaysia dan ditubuhkan pada tahun 2015 ini sedang mengukuhkan kedudukan mereka di Malaysia dan mengembangkan operasi di beberapa negara di Asia Tenggara termasuklah Indonesia, Thailand dan Singapura. Carsome menyediakan penyelesaian kepada pengguna dan pengedar kereta terpakai, daripada pemeriksaan kereta kepada pemindahan hak milik kepada pembiayaan, menjanjikan perkhidmatan yang dipercayai, mudah dan cekap. Menerusi laman web Carsome Malaysia, kini terdapat lebih kurang 8000 pengedar, 50 pusat Carsome di hampir 50 buah bandar di Asia Tenggara.


Cara Jual & Beli Kereta Di Carsome Malaysia 2023 Online (Syarat & Pengalaman)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Jual & Beli Kereta Di Carsome Malaysia tahun 2023 termasuk syarat, panduan dan pengalaman:


Kelebihan Jual Beli Kereta Di Carsome Malaysia

Berikut adalah kelebihan urusan jual beli kereta terpakai di Carsome Malaysia:

1. Pandu Uji

Dapat Memandu kereta yang ingin dibeli tentang kualiti kereta yang ditawarkan.

2. Waranti

Dilengkapi dengan jaminan satu tahun yang merangkumi kerosakan seperti enjin, sistem transmisi dan sistem penyaman udara.

3. Laporan Pemeriksaan Teliti

Sejarah mengenai kereta tersebut tentang kemalangan, terbakar atau ditenggelami banjir sehingga menjejaskan struktur kereta.

4. Jaminan Pulangan

Jaminan pulangan wang dalam 5 hari jika pelanggan berubah fikiran dalam tempoh pandu milik

 

Syarat Menjual Kereta Di Carsome Malaysia

Antara Syarat Menjual Kereta Di Carsome adalah seperti berikut:

1. Setiap kereta yang ingin dijual melalui platform ini akan diperiksa ketat untuk memastikan ianya mematuhi kriteria pematuhan kualiti yang ditetapkan oleh pihak Carsome:

Body Panel & Bumpers: 19 Check Point

Glass & outside Mirrors: 12 Check Point

Interior Amenities: 29 Check Point

Steering & Alignment: 3 Check Point

Door, hoot & Boot: 3 Check Point

Rim, Tyres & Wheel: 12 Check Point

2. Pemeriksaan 175 mata mematuhi garis panduan yang ketat untuk memastikan setiap kereta bebas daripada kemalangan besar atau kerosakan banjir, manakala semua kereta dibaik pulih untuk meningkatkan kelayakan berada atas jalan raya.


Cara Menjual Kereta Di Carsome Malaysia 2023

Berikut dikongsikan Cara Menjual Kereta Terpakai Di Carsome Malaysia:

1. Proses Janji Temu

- Isikan maklumat anda dengan lengkap menerusi pautan di https://bidding.carsome.my/owner/#/login atau hubungi talian hotline di 1800-82-3388.

- Pasukan Perkhidmatan Pelanggan akan menghubungi anda untuk mengesahkan maklumat dan tarikh dan masa pemeriksaan anda.

2. Menghadiri Pemeriksaan

- Pastikan membawa dan item asal seperti tertera di bawah:

⬛ Kad Pendaftaran (RC) / Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)

⬛ Kad Pengenalan (atau pasport untuk bukan warganegara Malaysia)

⬛ Kekunci ganti (jika ada)

⬛ Permit (AP) yang diluluskan (syarikat atau individu untuk pengesahan, jika berkenaan)

⬛ Penyelesaian Sewa Beli (untuk kereta dengan jumlah pinjaman tertunggak)

⬛ Invois Pembelian (untuk kereta yang dibeli secara tunai)

⬛ Surat kebenaran pihak ketiga (untuk kereta dengan nama lain)

- Janji temu pemeriksaan memerlukan purata 30 minit. Pemeriksa automatik yang diperakui Carsome akan melakukan pemeriksaan menyeluruh ke atas kereta anda, yang merangkumi ujian jalan pendek. Foto juga akan diambil untuk tujuan rakaman dan pelaporan.

3. Proses Jual Kereta Anda

- Sekiranya anda berpuas hati dengan tawaran pihak Carsome, anda boleh jual terus kepada Carsome atau pilih untuk lakukan jualan melalui pembidaan secara langsung.

- Kami akan menjadualkan penawaran kereta anda pada slot paling awal yang tersedia, di mana ia akan ditawarkan oleh 1.800+ pengedar kereta terpakai yang disahkan. Sekiranya kereta anda menerima tawaran, anda mempunyai 24 jam untuk menerima atau menolak tawaran tersebut. Sekiranya anda menerima, anda akan diberi masa 5 hari untuk menyiapkan semua dokumen yang diperlukan dan menyerahkan kereta kepada kami.

- Jika kereta anda tidak menerima sebarang tawaran, anda akan dibenarkan meletakkan kereta anda di platform penawaran sebanyak 2 kali atau memilih untuk menerima harga yang ditawarkan oleh Carsome (jika berkenaan). Harga bida permulaan berikutnya (untuk penentuan semula ke-1 dan ke-2) akan menjadi 5% lebih rendah daripada harga tawaran permulaan sebelumnya.

4. Pemindahan Hak Milik, Penyerahan Kenderaan dan Pembayaran

- Semua dokumen untuk pemindahan hak milik akan dikendalikan oleh kami pada tarikh penyerahan kenderaan yang telah dipersetujui. Penyelesaian pinjaman selebihnya dengan bank dan pembayaran akhir akan dibuat terus ke akaun bank pemilik melalui pemindahan dalam talian.


Cara Membeli Kereta Terpakai Di Carsome 2023

Berikut dikongsikan Cara Membeli Kereta Terpakai di Carsome Malaysia tahun 2023:

1. Layari Portal Rasmi Carsome menerusi pautan di https://www.carsome.my/buy-car/

2. Kemudian, semak dan imbas inventori tentang kereta terpakai berkualiti.

3. Periksa dalaman & luaran dengan pandangan 360 darjah, lengkap dengan laporan pemeriksaan penuh.

4. Padankan bajet anda & ketahui jumlah pembayaran anda dengan kalkulator pinjaman kereta yang disediakan.

Cara Jual & Beli Kereta Di Carsome Malaysia 2023 Online (Syarat & Pengalaman)

Cara Jual & Beli Kereta Di Carsome Malaysia 2023 Online (Syarat & Pengalaman)

Cara Jual & Beli Kereta Di Carsome Malaysia 2023 Online (Syarat & Pengalaman)


Pengalaman Jual Beli Di Carsome Malaysia

Berikut dikongsikan Pengalaman Jual dan Beli Kereta Terpakai Di Carsome Malaysia:

*Akan dikemaskini


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Carsome Malaysia, sila hubungi di:

Facebook Page: https://www.facebook.com/CarSome.my/

Website: https://www.carsome.my

Semoga perkongsian Cara Jual & Beli Kereta Di Carsome Malaysia 2023 Online ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.