Permohonan GUBJ 2023 Online (Geran Usahawan Bangsa Johor)



Permohonan GUBJ 2023 Online (Geran Usahawan Bangsa Johor)|BILAKAH tarikh permohonan Geran Usahawan Bangsa Johor 2023 bakal dibuka? Perhatian buat anda penduduk Negeri Johor yang berminat membuat permohonan Geran Usahawan Bangsa Johor (GUBJ) tahun 2023. Untuk makluman anda, permohonan GUBJ 2023 dibuka secara online mulai 25 Januari 2023 hingga tarikh tutup pada 6 Februari 2023. Berikut dikongsikan Permohonan GUBJ 2023 Online buat rujukan anda.

Permohonan GUBJ 2023 Online (Geran Usahawan Bangsa Johor)


Sedia maklum, Kerajaan Negeri Johor menerusi Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB) telah membuka permohonan bagi mendapatkan bantuan geran perniagaan sehingga RM10,000.00 menerusi Geran Usahawan Bangsa Johor (GUBJ 2023). Bantuan ini hanya boleh dimohon oleh usahawan bertaraf mikro sahaja yang mempunyai nilai jualan tahunan kurang daripada RM 300,000.00 atau bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang (merujuk Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK) 2013.


Permohonan GUBJ 2023 Online (Geran Usahawan Bangsa Johor)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan GUBJ termasuk syarat kelayakan dan semakan status:


Cara Permohonan Geran Usahawan Bangsa Johor 2023 Online

1. Buka akaun PADU menerusi pautan di https://www.padu.pujb.my dan anda perlu daftar akaun.

2. Kemudian, log masuk ke dalam sistem PADU menggunakan emel dan kata laluan yang didaftarkan.

3. Sila lengkapkan dan kemaskini borang maklumat usahawan dengan lengkap dan betul.

4. Cari iklan permohonan di papan pemuka dan klik maklumat lanjut untuk permohonan.

5. Seterusnya, lengkapkan borang permohonan geran usahawan bangsa Johor dengan lengkap.

6. Setelah selesai mengisi borang permohonan, klik butang ‘Hantar’ dan permohonan anda telah direkodkan.


Kluster Perniagaan

1. Pemprosesan Makanan dan Minuman: Merangkumi pembuatan makanan dan minuman termasuk perniagaan katering dan peniaga jalanan (penjaja)

2. Pengurusan Acara: Merangkumi bidang pengurusan acara dan seni kreatif seperti pemuzik jalanan atau band yang berdaftar

3. Pendidikan: Merangkumi bidang perkhidmatan yang berkaitan pendidikan seperti pusat asuhan dan tadika

4. Automotif: Merangkumi bidang perkhidmatan kenderaan bermotor seperti bengkel motorsikal dan bengkel kereta

5. Gunting Rambut: Merangkumi bidang perkhidmatan dandanan rambut

6. Percetakan: Merangkumi bidang perkhidmatan percetakan 


Syarat Kelayakan Geran Usahawan Bangsa Johor 2023

Antara syarat permohonan GUBJ 2023 yang ditetapkan adalah seperti berikut:

1. Penduduk Tetap Negeri Johor atau mereka yang telah bermastautin di Negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun berturut-turut

2. Berumur 18 hingga 65 tahun semasa memohon

3. Mempunyai premis perniagaan atau bengkel atau ruang khas di dalam rumah yang beroperasi di dalam Negeri Johor

4. Syarikat yang belum pernah menerima mana-mana bantuan Kerajaan Negeri Johor dalam tempoh 2 tahun

5. Telah menjalankan perniagaan selama 6 bulan dan ke atas mengikut tarikh pendaftaran SSM

6. Mengemukakan salinan penyata akaun syarikat untuk 1 bulan terkini atau 1 bulan penyata akaun simpanan peribadi

7. Menyertakan gambar premis, bengkel atau ruang khas bagi perniagaan yang dijalankan

8. Satu syarikat hanya layak untuk satu permohonan sahaja

9. Perniagaan dijalankan sepenuh masa dan beroperasi di dalam Negeri Johor


Semakan Status GUBJ 2023 Online

*Akan dikemaskini


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan GUBJ, sila hubungi secara WhatsApp di https://wa.me/message/KFBG7VMQOAAPB1.

Semoga perkongsian Permohonan Geran Usahawan Bangsa Johor tahun 2023 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.