Permohonan Rumah Selangorku LPHS Online

Permohonan Rumah Selangorku LPHS Online|ADAKAH anda berkelayakan membuat permohonan Rumah Selangorku? Bagaimana cara permohonan Rumah Selangorku? Untuk makluman anda, bagi yang berkelayakan anda boleh menbuat permohonan Rumah Selangorku secara online menerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Skim ini khas untuk rakyat Selangor sahaja.|Borang Daftar Permohonan Rumah Selangorku Online

Artikel berkaitan:
👉 Permohonan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) 2018
👉 Permohonan Skim Smart Sewa Selangor 2018

Permohonan Rumah Selangorku LPHS Online

Kategori Rumah Selangorku iaitu Rumah Kos Rendah, Rumah Kos Sederhana Rendah dan Rumah Mampu Milik. Bagi warga Selangor yang layak, boleh memohon Skim Rumah Selangorku bernilai tidak melebihi RM 250,000 seunit termasuk 6% cukai GST bergantung kepada jenis, keluasan, lokasi dan kemudahan-kemudahan tambahan yang disediakan.

Permohonan Rumah Selangorku LPHS Online

Cara Permohonan Rumah Selangorku Online

Berikut dikongsikan maklumat penting mengenai permohonan skim Rumah Selangorku secara online:

1. Pemohon boleh mendaftar secara online
    di laman web rasmi LPHS seperti berikut:
KLIK: 👉 LPHS SELANGOR

2. Bagi pemohon baru boleh membuat
    pendaftaran di DAFTAR NEW USER

3. Pemohon boleh mengisi borang secara
    manual di:
KLIK: 👉 BORANG PERMOHONAN MANUAL

Syarat Kelayakan Permohonan Rumah Selangorku

Berikut dikongsikan syarat permohonan Rumah Selangorku untuk panduan anda:

◾Warganegara Malaysia berumur 18
     tahun ke atas;
◾Pendapatan minimum bagi permohonan
     Rumah Selangorku Jenis B, C dan D
     ditetapkan RM3001.00 sebulan;
◾Pendapatan isi rumah (suami dan isteri)
     tidak melebihi RM3,000-00 sebulan
     sahaja dibenarkan permohonan Jenis A
     manakala pendapatan isi rumah
     melebihi RM 3,001-00 sebulan sehingga
     RM10,000 sebulan dibenarkan
     permohonan Jenis B, C dan D;
◾Sekiranya pendapatan isi rumah tidak
     melebihi RM 3,000-00 sebulan adalah
     dibenarkan juga membuat pilihan Jenis
     B, C atau D. Bagi pendapatan isi rumah
     melebihi RM 3,001-00 sebulan,
     permohonan Jenis A tidak dibenarkan;
◾Pemohon hanya dibenarkan membuat
     pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada
     jenis A, B, C, atau D semasa membuat
     permohonan
◾Pemohon atau pasangan belum memiliki      rumah sama ada melalui projek kerajaan      atau swasta di Selangor;
◾Permohonan pindahmilik hanya
     dibenarkan selepas 5 tahun dari
     Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran
     Pihak Berkuasa Negeri ;
◾Pembelian rumah untuk didiami dan
     bukan untuk disewa.
◾Tempoh sah laku bagi setiap
     permohonan yang didaftarkan adalah
     selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut
     data permohonan yang masih SENARAI
     MENUNGGU akan dikeluarkan dari
     sistem dan pemohon perlu membuat
     permohonan baru sekiranya masih
     berminat untuk memohon RUMAH
     SELANGORKU

Dokumen Penting Diperlukan Untuk Permohonan Rumah

Pemohon perlu muat turun dokumen-dokumen berikut semasa pendaftaran iaitu:

◾Salinan kad pengenalan pemohon dan
     pasangan;
◾Salinan Surat Nikah/Daftar
     Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian
     pasangan;
◾Surat Pengesahan bujang daripada
     majikan atau Pesuruhjaya Sumpah
     sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon
     yang belum berkahwin;
◾Penyata gaji terkini atau pengesahan
     pendapatan daripada Pesuruhjaya
     Sumpah sekiranya bekerja sendiri;
◾Surat akuan bersumpah daripada
     pesuruhjaya sumpah sekiranya
     pasangan tidak bekerja; Penyata KWSP
     (jika ada);  dan
◾Laporan dan rekod pemohon dan
     pasangan di Central Credit Reference
     Information System (CCRIS) atau CTOS
     yang menyatakan laporan dan rekod
     CCRIS.

Artikel berkaitan:
👉 Permohonan Skim Kad Peduli Sihat Online
👉 Permohonan Rumah Mesra Rakyat Plus SPNB Online

Semoga perkongsian ini memudahkan anda membuat permohonan Rumah Selangorku secara online! Selamat mencuba dan semoga berjaya!

No comments

Powered by Blogger.