Borang Rayuan Matrikulasi 2018/2019

Borang Rayuan Matrikulasi 2018/2019|ADAKAH anda gagal mendapat tawaran kemasukan ke Matrikulasi ambilan 2018/2019? Bilakah tarikh permohonan rayuan Matrikulasi sesi 2018/2019? Panduan buat calon yang ingin membuat permohonan rayuan Matrikulasi sesi 2018/2019. Untuk makluman anda, permohonan rayuan Matrikulasi sesi 2018/2019 dijangka akan dibuka pada hujung bulan April 2018.

Borang Rayuan Matrikulasi 2018/2019

Sedia maklum, terdapat TIGA (3) cara
permohonan rayuan Matrikulasi samada permohonan rayuan secara online, atau menghantar surat rayuan rasmi atau berhubung terus dengan Bahagian Matrikulasi bagi calon yang telah gagal atau tidak berjaya dalam permohonan Program Matrikulasi KPM.

Borang Rayuan Matrikulasi 2018/2019 

Berikut dikongsikan maklumat mengenai tarikh dan aplikasi rayuan Matrikulasi:

◾ Tarikh Rayuan Permohonan
      Matrikulasi: *Akan dikemaskini
      (Dijangka hujung bulan April 2018)

Cara Permohonan Rayuan Matrikulasi 2018/2019 

1. Permohonan Rayuan Secara Online

Permohonan rayuan Matrikulasi boleh dibuat secara online menerusi pautan Semakan Tawaran Matrikulasi 2018.

2. Permohonan Rayuan Secara 
    Berhubung Terus Dengan Bahagian 
    Matrikulasi

Berhubung terus ke Bahagian Matrikulasi KPM bersama salinan keputusan SPM yang telah disahkan untuk mengisi borang. Dokumen yang anda perlu bawa adalah seperti berikut:

◾Salinan Kad pengenalan diri yang telah
     disahkan
◾Salinan Kad pengenalan ibu & bapa yang
     telah disahkan
◾Salinan keputusan SPM yang telah
     disahkan
◾Salinan Sijil aktiviti di peringkat
     negeri/kebangsaan yang telah disahkan
     sahaja
◾Surat rasmi yang menyatakan alasan
     kenapa memohon rayuan

3. Permohonan Rayuan Melalui Cara 
    Menulis Surat Rasmi

Selain itu, anda juga boleh menulis surat permohonan rayuan secara rasmi dan perlu lampirkan beberapa dokumen seperti berikut:

◾Salinan kad pengenalan diri yang telah
     disahkan
◾Salinan kad pengenalan ibu & bapa yang
     telah disahkan
◾Salinan keputusan SPM yang telah
     disahkan
◾Salinan Sijil aktiviti kokurikulum di
     peringkat negeri/kebangsaan yang telah
     disahkan sahaja
◾Surat rasmi yang menyatakan sebab
    kenapa memohon rayuan. Pastikan surat
    rasmi tersebut mengandungi alamat,
    nombor telefon dan emel kerana
    keputusan rayuan akan dimaklumkan
    melalui emel dan pos ke alamat anda.

Dokumen yang lengkap, kemudian perlu dihantar ke alamat berikut:

Pengarah Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
Telefon: 03 - 8884 4083
Faks: 03 - 8884 4028
E-mel: info.matrikulasi@moe.gov.my

Selamat membuat permohonan rayuan Matrikulasi sesi 2018/2019! Semoga anda berjaya membuat permohonan rayuan Matrikulasi!

No comments

Powered by Blogger.