Permohonan Guru Ganti 2019 Sekolah Rendah & Sekolah Menengah



Permohonan Guru Ganti 2019 Sekolah Rendah & Sekolah Menengah|PERHATIAN buat anda yang berminat dan berkelayakan menjadi seorang guru ganti di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Untuk makluman anda, permohonan Guru Ganti 2019 bakal dibuka melalui Pejabat Pendidikan Negeri (JPN) negeri masing-masing mengikut kekosongan jawatan yang ditawarkan pada setiap tahun. Berikut dikongsikan Permohonan Guru Ganti 2019 Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah buat rujukan anda.

Permohonan Guru Ganti 2019 Sekolah Rendah & Sekolah Menengah

Sedia maklum, kekosongan sementara berlaku di sekolah apabila guru-guru terlatih tiada di sekolah bagi suatu tempoh tertentu. Bagi mengisi kekosongan sementara ini, Guru Ganti yang terdiri daripada pelajar lulusan SPM, STPM, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang tidak memiliki latihan ikhtisas perguruan atau pengalaman telah dilantik secara kontrak bagi suatu tempoh tidak melebihi tiga bulan berturutan. Guru Ganti adalah guru tidak terlatih yang ditempatkan di suatu sekolah bagi mengisi kekosongan sementara guru tetap disebabkan cuti bersalin, cuti sakit, cuti mengerjakan haji, berkursus atau lain-lain hal yang dibenarkan.

Permohonan Guru Ganti 2019 Sekolah Rendah & Sekolah Menengah

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan tarikh dan aplikasi Permohonan Guru Ganti tahun 2019 beserta syarat kelayakan:

Permohonan Guru Ganti Pulau Pinang 2019

◾Nama Majikan: JPN Pulau Pinang
◾Lokasi Kekosongan: Pulau Pinang (Daerah Timur Laut)
◾Tarikh Permohonan: Dibuka Sepanjang Tahun

Cara Permohonan Guru Ganti 2019 Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah

1. Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi pautan seperti berikut:

KLIK 👉 Permohonan Guru Ganti Pulau Pinang 2019

A. BORANG PERMOHONAN OLEH INDIVIDU

Borang GG2019-C : Borang Pemohonan Jawatan Guru Ganti 2019

B. BORANG PERMOHONAN OLEH SEKOLAH

Borang GG2019-S : Borang Permohonan Guru Ganti 2019
Borang GG2019-P : Borang Pemantauan Guru Ganti 2019

Syarat Kelayakan Individu Untuk Memohon Guru Ganti

Antara Syarat Kelayakan Individu Untuk Memohon Guru Ganti adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia
2. Sihat tubuh badan dan tidak cacat pancaindera
3. Berumur antara 18 - 30 tahun (Bukan Siswazah) dan 18 - 35 tahun (Siswazah)
4. Sekurang-kurangnya Kepujian dalam empat (4) mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia di peringkat SPM
5. Syarat tambahan bagi Guru Ganti Pendidikan Islam : Kepujian Bahasa Arab (SPM) / Bahasa Arab Tinggi dan Agama Islam Tinggi / IV Senawi
6. Syarat tambahan bagi Guru Ganti Bahasa Cina : Kepujian Bahasa Cina (SPM)
7. Syarat tambahan bagi Guru Ganti Bahasa Tamil : Kepujian Bahasa Tamil (SPM)

Iklan Permohonan Jawatan Guru Ganti Pulau Pinang 2019

Berikut adalah gambar iklan Permohonan Jawatan Guru Ganti Pulau Pinang 2019:

Permohonan Guru Ganti 2019 Sekolah Rendah & Sekolah Menengah

Semoga perkongsian Permohonan Guru Ganti 2019 Sekolah Rendah & Sekolah Menengah ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.