Permohonan Pinjaman TEKUN Nasional 2021 (Semakan Status)



Permohonan Pinjaman TEKUN Nasional 2021 (Semakan Status)|ANDA berminat mencari modal untuk membuat perniagaan? Bagaimana cara membuat permohonan skim pinjaman TEKUN bagi tahun 2021? Panduan buat anda yang ingin dan berminat untuk berniaga tapi tiada modal. Untuk makluman anda, kini kerajaan telah menyediakan pinjaman perniagaan yang dikenali sebagai TEKUN Nasional. Berikut dikongsikan Cara Permohonan Pinjaman TEKUN 2021 buat rujukan anda.

Permohonan Pinjaman TEKUN Nasional 2018

Permohonan Pinjaman TEKUN Nasional 2021 (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Pinjaman TEKUN beserta syarat kelayakan permohonan dan semakan status:

Borang Permohonan Skim Pinjaman TEKUN 2021

1. Anda boleh mendapatkan borang permohonan pinjaman TEKUN Nasional di mana-mana pejabat TEKUN Kawasan, Pusat Perkhidmatan Bergerak (TEKUN Mobile) dan dimana-mana kaunter perkhidmatan TEKUN Nasional.

2. Borang permohonan TEKUN Nasional hendaklah dihantar ke Pejabat TEKUN Kawasan parlimen di lokasi premis perniagaan.

Syarat Kelayakan Pinjaman TEKUN 2021

Antara syarat kelayakan pembiayaan TEKUN Nasional adalah seperti berikut:

◾Bumiputera dan warganegara Malaysia
◾Berumur 18 – 60 tahun (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun)
◾Pemohon bukan seorang muflis
◾Syarikat 100% hak milik Bumiputera dan warganegara Malaysia
◾Mempunyai lessen / permit / Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
◾Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus / berniaga secara bergerak (mobile)
◾Terlibat secara langsung dan separuh masa dalam perniagaan
◾Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan daftar perniagaan (SSM) yang berlainan serta rekod bayaran yang baik bagi isi rumah.
◾Had modal berbayar tidak melebihi RM300,000
◾Pembiayaan perniagaan sedia ada (contoh: MARA, AIM, SME, PNS dan sebagainya) tidak melebihi RM100,000.
◾Pemohon telah menjalankan perniagaan. ◾Manakala bagi pemohon yang ingin memulakan pernigaan dikehendaki mempunyai modal sumbangan tunai sendiri minima 20% daripada pembiayaan sebagai komitmen untuk menjalankan pernigaan (progress project)
◾Bagi pembelian kenderaan komersial / jentera berat, jumlah pembiayaan adalah 10% daripada harga kenderaan komersial / jentera berat (tertakluk kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon).
◾Bagi Enterprise (Perkongsian), perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi yang membenarkan pemohon membuat pembiayaan dan rakan kongsi mestilah Bumiputera dan warganegara Malaysia.
Bagi Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan yang memberikan kebenaran:
◾Penyaluran pembiayaan atas nama Syarikat bagi pembiayaan RM20,000 dan ke atas.

Jumlah Pinjaman TEKUN

Pinjaman          Jumlah      Tempoh Bayaran

Skim                >RM 10,000    Sehingga 5 thn
Pembiayaan    - RM50,000
Kecil ( SPK )

Skim                 >RM 50,000   Sehingga 10 thn
Pembiayaan    - RM100,000
Sederhana ( SPS )

Tempoh Bayaran Balik

Tempoh bayaran balik pinjaman adalah antara 6 bulan hingga 10 tahun.


Cara Bayaran Balik

Peminjam WAJIB datang membuat bayaran balik pinjaman di Pejabat TEKUN Kawasan atau menerusi BSN, Maybank, Bank Rakyat, Agrobank dan Pos Malaysia atau menerusi Cek Tertunda Tarikh.

Semakan Status Pinjaman TEKUN 2021

*Akan dikemaskini

Selamat membuat Permohonan Pinjaman TEKUN Nasional tahun 2021! Moga anda berjaya mendapat tawaran TEKUN Nasional!

No comments

Powered by Blogger.