Semakan Status Kad Peduli Sihat Selangor 2021 Online



Semakan Status Kad Peduli Sihat Selangor 2021 Online|ADAKAH anda sudah membuat permohonan Skim Kad Peduli Sihat Selangor? Bagaimana cara membuat semakan status permohonan Kad Peduli Sihat Selangor secara online? Untuk makluman anda, skim Peduli Sihat telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sejak bulan Disember 2016. Berikut dikongsikan Cara Semakan Status Kad Peduli Sihat Selangor 2021 buat rujukan anda.

Semakan Status Permohonan Skim Kad Peduli Sihat Selangor Online

Untuk makluman anda, mereka yang dilahirkan atau menetap lebih 10 tahun di Selangor layak mendapatkan rawatan di 1,000 klinik berdaftar di Selangor dan Lembah Klang.

Semakan Status Kad Peduli Sihat Selangor 2021 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara semakan status permohonan Peduli Sihat Selangor:

1. Untuk membuat semakan status permohonan Kad Peduli Sihat Selangor, layari ke pautan seperti berikut:
KLIK 👉 Semakan Status Peduli Sihat

2. Masukkan No. Kad Pengenalan anda untuk mengetahui status permohonan anda diluluskan atau TIDAK.

3. Klik pada butang 'Semak' dan maklumat akan dipaparkan di screen.

Semakan Status Permohonan Skim Kad Peduli Sihat Selangor Online

Kriteria Permohonan Skim Peduli Sihat Selangor

Terdapat 2 kategori pemohonan iaitu Keluarga atau Individu:

Untuk kategori A iaitu keluarga, pemohon mestilah:
◾Warganegara Malaysia
◾Suami / isteri beserta anak-anak yang berkelayakan
◾Lahir di Negeri Selangor atau telah menetap di Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun
◾Pendapatan isi rumah antara RM3000 sebulan

Untuk kategori B iaitu individu, pemohon mestilah:
◾Berumur 21 tahun yang berkelayakan
◾Warganegara Malaysia
◾Lahir di Negeri Selangor atau telah menetap di Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun
◾Pendapatan isi rumah antara RM1500 sebulan

Manfaat Skim Peduli Sihat 

Semakan Status Permohonan Skim Kad Peduli Sihat Selangor Online

Artikel berkaitan:

👉 Permohonan Skim Kad Peduli Sihat Selangor
👉 Permohonan Kasih Ibu Smart Selangor

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:
SELGATE Corporation Sdn. Bhd
No. Telefon: 03 - 5525 6600
No. Faks: 03 - 5525 6900
Emel: info@pedulisihat.com

Semoga perkongsian ini memudahkan anda membuat semakan status permohonan Skim Peduli Sihat Selangor secara online!

No comments

Powered by Blogger.