Harga Passport Malaysia Antarabangsa Terkini 2023



Harga Passport Malaysia Antarabangsa Terkini 2023|ANDA ingin pergi melancong atau bercuti ke luar negara? Berapakah harga terkini passport Malaysia antarabangsa bagi tahun 2023? Panduan buat anda yang ingin membuat passport Malaysia ke luar negara tahun 2023. Berikut dikongsikan harga passport Malaysia Antarabangsa tahun 2023 buat panduan anda.

Harga Pasport Malaysia Antarabangsa Terkini 2018

Sedia maklum, Jabatan Imigresen Malaysia telah mengumumkan kadar bayaran membuat atau memperbaharui pasport Malaysia untuk tempoh lima tahun adalah sebanyak RM 200. Harga buat pasport adalah bergantung kepada kategori pemohon seperti pemohon biasa, jemaah haji, kanak-kanak dan OKU. Tempoh sah laku pasport adalah lima tahun dari tarikh dikeluarkan.

Harga Passport Malaysia Antarabangsa Terkini 2023

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan harga terkini passport Malaysia Antarabangsa tahun 2023 termasuk kadar bayaran:

Senarai Kadar Bayaran Passport Malaysia Antarabangsa 2023

1. Pemohon biasa (13 tahun hingga 59  tahun) - RM 200
2. Warga emas (60 tahun ke atas) - RM 100
3. Kanak-kanak (12 tahun dan ke bawah) - RM 100
4. Pelajar mengikuti program ijazah di luar negara (21 tahun dan ke bawah) - RM 100
5. Jemaah Haji (surat pengesahan dari Tabung Haji atau agensi yang dilantik) - RM 100
6. Orang Kurang Upaya (OKU) - Percuma

Bentuk Bayaran

Pemohon boleh membuat pembayaran melalui cara tunai, Kad Kredit, Wang Pos atau Bank Draf yang dipalang.

Permohonan Pembaharuan Pasport Online 2023 Melalui MyOnline Pasport

Berikut dikongsikan cara permohonan pembaharuan pasport melalui MyOnline Pasport secara online:

1. Pemohon perlu layari ke Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia seperti berikut:
KLIK šŸ‘‰ MyOnline Pasport

2. Baca terma dan syarat permohonan.

3. Sila klik SETUJU jika anda bersetuju mengikut terma dan syarat yang dinyatakan.

4. Kemudian, sila tanda Kategori Permohonan samada 'Pemohon 18 Tahun Ke Atas' atau 'Permohonan Dibawah 18 Tahun'.

5. Isikan maklumat yang diminta dengan lengkap. (Pasport No, No KP, Jenis Pasport, Kategori KP dan Tempat Mengambil)

6. Klik pada butang 'CARI'.

Semoga perkongsian Harga Passport Malaysia Antarabangsa Terkini 2023 ini dijadikan panduan untuk anda semula!

No comments

Powered by Blogger.