Contoh Objektif Kajian Tugasan Sejarah PT3 2020



Contoh Objektif Kajian Tugasan Sejarah PT3 2020|PANDUAN buat anda calon Tingkatan 3 yang bakal menduduki peperiksaan PT3 tahun 2020. Untuk makluman anda, tajuk atau tema Kerja Kursus Sejarah PT3 2020 adalah 'Masyarakat Di Kawasan Tempat Tinggal Anda'. Berikut dikongsikan Objektif Kajian Kerja Kursus Sejarah PT3 2020 buat panduan pelajar.

Artikel berkaitan:
πŸ‘‰ Contoh Jawapan Kerja Kursus Sejarah PT3 2020

Contoh Objektif Kajian Tugasan Sejarah PT3 2018

Tajuk Tugasan Sejarah PT3 2020

◾Anda dikehendaki untuk membuat kajian tentang masyarakat di kawasan tempat tinggal anda.

◾Hasilkan satu laporan tentang masyarakat setempat yang panjangnya tidak kurang daripada 300 patah perkataan.

◾Tugasan anda hendaklah mengandungi aspek berikut:

a) Tajuk Kajian
b) Nama Penulis
c) Isi Kandungan
i. Latar belakang tempat kajian
ii. Pembentukan dan perkembangan
    masyarakat setempat
iii. Kegiatan sosioekonomi masyarakat
      setempat
iv. Menilai semangat perpaduan dalam
     kalangan masyarakat setempat
v. Dengan merujuk kepada tempat tinggal
    anda, ulaskan penyataan berikut:
" tinggallah dengan baik antara satu dengan lain kerana negeri ini adalah berlainan dengan mana-mana negeri yang ada di dunia ini"
d) Rumusan
e) Sumber Rujukan
f) Membentangkan Laporan Hasil Kajian

Contoh Objektif Kajian Tugasan Sejarah PT3 2020

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Contoh Objektif Kajian Kerja Kursus Sejarah PT3 2020 buat rujukan anda:

Objektif Kajian Tugasan Sejarah PT3 2020

Melalui kajian ini, saya dapat memenuhi objektif kajian seperti berikut:

1. Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya tentang masyarakat di tempat tinggal saya serta memupuk perasaan bangga terhadap tanah air kita.

2. Kajian ini dapat memupuk semangat patriotisme bukan sahaja dalam diri saya malah juga buat generasi muda.

3. Dapat mengukuhkan hubungan sosial dengan masyarakat setempat. Ketika saya menjalankan kajian ini, secara amnya saya akan berhubung dengan masyarakat setempat bagi mendapatkan maklumat. Secara tidak langsung, hubungan dalam masyarakat dapat dieratkan antara satu sama lain.

Info Penting:
*Contoh penulisan yang dikongsikan ini hanya sebagai contoh sahaja

Artikel berkaitan:
πŸ‘‰ Contoh Kerangka Kasar Sejarah PT3
πŸ‘‰ Contoh Kaedah Kajian Sejarah PT3
πŸ‘‰ Contoh Pengenalan Sejarah PT3

Semoga perkongsian Contoh Objektif Kajian Tugasan Sejarah PT3 2020 ini dijadikan rujukan buat semua calon PT3!

No comments

Powered by Blogger.