Permohonan Skim Bantuan Asuhan Rakyat 2021 Online (Semakan Status)



Permohonan Skim Bantuan Asuhan Rakyat 2021 Online (Semakan Status)|ADAKAH anda berminat membuat permohonan Skim Bantuan Asuhan Rakyat? Perhatian buat anda berasal dan menetap di negeri Selangor yang berkelayakan membuat permohonan Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SIKEMBAR) tahun 2021. Untuk makluman anda, permohonan Skim Bantuan Asuhan Rakyat Selangor 2021 boleh dibuat secara online menerusi Portal Rasmi SiKEMBAR.

Permohonan Skim Bantuan Asuhan Rakyat 2019 Online

Sedia maklum, ibu bapa yang layak dan memenuhi syarat akan menerima bantuan yuran TASKA atau Nurseri anak-anak mereka yang berusia 4 tahun ke bawah sebanyak RM100 setiap bulan. Bantuan yuran ini akan dibayar terus kepada TASKA atau Nurseri.

Permohonan Skim Bantuan Asuhan Rakyat 2021 Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Skim Bantuan Asuhan Rakyat beserta syarat kelayakan permohonan dan semakan status:

Cara Permohonan Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SiKEMBAR) 2021

1. Pendaftaran mestilah menggunakan Borang SKIM BANTUAN ASUHAN (SiKEMBAR).

2. Borang ini boleh didapati di:
a) Pejabat pentadbir Skim ini iaitu Yayasan Warisan Anak Selangor
b) Borang juga boleh didapati di Pusat Khidmat DUN Selangor berhampiran tempat tinggal.
c) Muat-turun dari www.e-sikembar.org

3. Dokumen yang perlu dilampirkan adalah:
a) Salinan MyKad lbu dan Bapa
b) Salinan Sijil Kelahiran anak yang dipohon
c) Salinan Slip Gaji lbu dan Bapa yang TERKINI
d) Pengesahan pendapatan dari ADUN/ Nazir Masjid/ Pengerusi

4. Kelulusan akan diberi oleh pihak Yayasan Warisan Anak ASUHAN.

Syarat Kelayakan Permohonan Skim Bantuan Asuhan Rakyat 2021

Antara syarat kelayakan permohonan Skim Bantuan Asuhan Rakyat adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia
2. Sama ada:
a) lbu Bapa yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor,
b) Anak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor,
c) lbu dan bapa yang bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun. Perlu mendapat pengesahan bermastautin daripada Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi Perumahan /
Senator / ADUN / Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan.
3. Pendapatan seisi rumah menepati:
a) RM2,500 ke bawah yang menanggung sekurang-kurangnya 1 orang anak
b) RM3,000 ke bawah yang menanggung sekurang-kurangnya 2 orang anak
4. Suami dan Isteri mestilah BEKERJA.
5. Menghantar anak ke TASKA / Nurseri di Selangor
6. Terhad kepada 2 orang anak yang berumur 4 tahun ke bawah bagi satu keluarga

Semakan Status Bantuan Asuhan Rakyat Selangor 2021

*Akan dikemaskini

Artikel Berkaitan:

👉 Permohonan Rumah Selangorku LPHS 2021
👉 Permohonan Skim Kad Peduli Sihat Selangor

Selamat membuat permohonan Skim Bantuan Asuhan Rakyat tahun 2021 secara online!

No comments

Powered by Blogger.