Permohonan Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera 2023 Online (Borang)



Permohonan Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera 2023 Online (Borang)|BILAKAH tarikh permohonan Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera 2023 bakal dibuka? Berita baik buat anda golongan belia antara 16 hingga 40 tahun dan yang menetap di negeri Terengganu Darul Iman. Untuk makluman anda, permohonan Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera (LMTS) 2023 bakal dibuka secara online mulai 6 hingga 20 Mac 2023. Berikut dikongsikan Permohonan Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera 2023 Online buat panduan anda.

Permohonan Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera 2019 Online

Sedia maklum, seramai 15,000 golongan belia berusia antara 16 tahun dan 40 tahun layak memohon untuk mendapatkan LMTS secara percuma tahun ini. Kerajaan negeri hanya akan menanggung kos pendaftaran, ujian komputer lesen L dan latihan memandu serta ujian memandu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM310 setiap individu termasuk perlindungan insuran. Sebanyak 12 Institut Memandu (IM) dilantik oleh kerajaan negeri bagi mengendalikan ujian memandu lesen motosikal B2.

Permohonan Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera 2023 Online (Borang)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Lesen Motorsikal Percuma Terengganu termasuk syarat kelayakan permohonan LMTS:

Tarikh Penting Permohonan Lesen Motosikal Percuma Terengganu 2023

◾Tarikh Dibuka: 6 Mac 2023
◾Tarikh Ditutup: 20 Mac 2023

Cara Permohonan Lesen Motosikal Terengganu 2023

A. Secara Online

1. Pemohon boleh membuat permohonan LMTS secara online menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://ibantuan.terengganu.gov.my

B. Secara Manual

Pemohon boleh mendapatkan borang secara manual menerusi seluruh Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN), Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kawasan masing-masing.

Syarat Kelayakan Permohonan Lesen Motosikal Terengganu 2023

Antara syarat kelayakan Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera adalah seperti berikut:

1. Berumur dari 16 hingga 40 tahun.

2. Bujang atau sudah berkahwin.

3. Anak jati Terengganu atau bermastautin lebih 10 tahun (Perlu Pengesahan MPKK).

4. Permohonan pertama kali pertama sahaja.

5. Pendapatan tidak lebih dari RM1,500 sebulan.

6. Pelajar sekolah, IPT, pusat kemahiran layak memohon dan perlu disahkan masih belajar oleh pusat pengajian atau MPKK atau Penghulu Mukim.

7. Latihan/kursus dalam negeri Terengganu sahaja.

8. Borang permohonan melalui I-Dana hendaklah dicetak dan disahkan oleh MPKK bersama dokumen diperlukan;

a) kad pengenalan,
b) slip gaji atau pengesahan tempat pengajian
c) tanpa slip gaji, kemukakan Surat Pengakuan Pendapatan yg disahkan oleh MPKK atau Penghulu Mukim, dan
d) Pemohon OKU bagi Lesen B2 ini perlu lampir bersama salinan Kad OKU.

9. Bebas daripada saman JPJ atau PDRM. Jika ada, pemohon perlu lebih dahulu menjelaskan saman JPJ atau PDRM.

Permohonan Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera 2023 Online (Borang)

Artikel Berkaitan:

👉 Permohonan Dana Terengganu iDANATTB

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan LMTS, sila hubungi di:

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Tingkat 15, Wisma Darul Iman 20503 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman

No. Tel: 09 - 6231957
Emel: webmastersuk@terengganu.gov.my

Selamat membuat Permohonan Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera tahun 2023 secara online dan manual!

No comments

Powered by Blogger.