Permohonan Perhargaan Warga Emas Penang 2023 Online



Permohonan Perhargaan Warga Emas Penang 2023 Online|BERITA baik buat golongan warga emas yang menetap di negeri Pulau Pinang. Untuk makluman anda, permohonan Program Perhargaan Warga Emas Pulau Pinang 2023 boleh dibuat secara online menerusi Laman Web iSejahtera Penang atau didapati secara manual di semua Pejabat Daerah dan Tanah, Pusat Khidmat ADUN / Parlimen atau Pejabat Masyarakat Penyayang Paras 45, KOMTAR. Berikut dikongsikan Permohonan Warga Emas Penang 2023 Online buat rujukan anda.

Permohonan Perhargaan Warga Emas Penang 2019 Online

Sedia maklum, Program Perhargaan Warga Emas diwujudkan untuk memberi penghargaan, pengiktirafan dan penghormatan kepada warga emas yang telah berjasa kepada Negeri Pulau Pinang tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan fahaman politik. Pemberian Sumbangan Wang Tunai sebanyak RM1,000 Kepada Keluarga Warga Emas berdaftar yang meninggal dunia sekiranya warga emas yang berdaftar dan memenuhi kriteria kelayakan meninggal dunia.

Permohonan Perhargaan Warga Emas Penang 2023 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi permohonan Perhargaan Warga Emas Pulau Pinang beserta syarat kelayakan permohonan dan dokumen penting:

Cara Permohonan Warga Emas Penang 2023

1. Borang permohonan boleh di dapati di semua Pejabat Daerah dan Tanah, Pusat Khidmat ADUN / Parlimen atau Pejabat Masyarakat Penyayang Paras 45, KOMTAR.

3. Setelah siap mengisi, kembalikan borang permohonan beserta dokumen sokongan di semua Pejabat Daerah dan Tanah, Pusat Khidmat ADUN / Parlimen atau Pejabat Masyarakat Penyayang Paras 45, KOMTAR.

3. Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://isejahtera.penang.gov.my

4. Masukkan No. Kad Pengenalan di ruangan yang disediakan.

Syarat Kelayakan Perhargaan Warga Ema Penang s 2023

Antara syarat kelayakan Perhargaan Warga Emas Penang adalah seperti dibawah:

1) Pemohon mestilah berumur 60 Tahun ke atas.
2) Pemohon mesti berdaftar dengan SPR sebagai pemilih yang mengundi di Negeri Pulau Pinang.

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

Berikut adalah dokumen sokongan yang diperlukan:

- Salinan Kad Pengenalan Pemohon
- Salinan Kad Pengenalan Waris
- Salinan maklumat penyata bank terkini
- Salinan penyata bank terkini/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif
- Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)

Artikel Berkaitan:

👉 Tarikh Bayaran Warga Emas

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut iSejahtera, sila hubungi di:

Pejabat Masyarakat Penyayang, Paras 46, Bangunan Komtar
10503, Pulau Pinang

No. Telefon : 04-650 5699 / 04-650 5700 / 04-650 5701
No. Faks : 04-261 1064

Selamat membuat Permohonan Perhargaan Warga Emas Penang tahun 2023 secara online!

No comments

Powered by Blogger.