Permohonan JMTI 2022 Online (Institut Teknikal Jepun-Malaysia)



Permohonan JMTI 2022 Online (Institut Teknikal Jepun-Malaysia)|BILAKAH tarikh permohonan JMTI ambilan 2022 bakal dibuka? Perhatian buat pelajar lepasan SPM tahun 2021 yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI) ambilan Januari 2022. Untuk makluman anda, permohonan JMTI 2022 dijangka boleh dibuat secara online pada bulan Februari 2022 menerusi Laman Web Rasmi JTM.

Permohonan JMTI 2020 Online (Institut Teknikal Jepun-Malaysia)

Sedia maklum, Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI) adalah sebuah institut yang telah ditubuhkan dengan kerjasama teknikal antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Jepun. JMTI diwujudkan bertujuan melahirkan tenaga kerja yang berpengetahuan dengan menyediakan latihan kemahiran di peringkat tinggi dalam bidang teknologi. Kampus JMTI terletak di Taman Perindustrian Bukit Minyak, Seberang Perai, Pulau Pinang.

Permohonan JMTI 2022 Online (Institut Teknikal Jepun-Malaysia)

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan aplikasi permohonan JMTI beserta syarat kemasukan dan tarikh penting:

Cara Permohonan JMTI 2022 Online

1. Permohonan JMTI boleh dibuat secara online di Laman Web JTM menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 http://www.jtm.gov.my/

Syarat Kemasukan Terkini JMTI 2022

Antara Syarat Kemasukan JMTI adalah seperti berikut:

1. Calon adalah warganegara Malaysia.
2. Berumur 17 tahun hingga 35 tahun.
3. Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak atau cacat fizikal.

Senarai Program Kemasukan JMTI

A. PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN (DTK) 

1. Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan
2. Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekatronik
3. Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektronik
4. Diploma Teknologi Kejuruteraan Komputer

B. PROGRAM DIPLOMA LANJUTAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN (DLTK)

1. Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Pembuatan
2. Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Mekatronik
3. Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Elektronik

Tarikh Penting Kemasukan ILJTM 2022

*Akan dikemaskini

Artikel Berkaitan:

👉 Syarat Kemasukan JMTI

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

Bahagian Pengurusan Latihan,
Jabatan Tenaga Malaysia,
Aras 6 Blok D4, Kompleks D
62530 Putrajaya

No. Tel: 03 - 8886 5551/ 5553/ 5556
Emel: jtm@mohr.gov.my

Selamat membuat Permohonan JMTI ambilan 2022 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke JMTI!

No comments

Powered by Blogger.