Syarat Kemasukan JMTI 2022 (Institut Teknikal Jepun-Malaysia)



Syarat Kemasukan JMTI 2022 (Institut Teknikal Jepun-Malaysia)|ANDA berminat melanjutkan pengajian di JMTI? Panduan buat pelajar lepasan SPM/ SPMV yang berminat melanjutkan pengajian di Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI) ambilan tahun 2022. Berikut dikongsikan Syarat Kemasukan Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI) 2022 buat rujukan anda.

Syarat Kemasukan JMTI 2020 (Institut Teknikal Jepun-Malaysia)

Sedia maklum, Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI) adalah sebuah institut yang telah diwujudkan dengan kerjasama teknikal antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Jepun. Terdapat 1 institusi JMTI yang ditubuhkan di Pulau Pinang yang menawarkan pelbagai jenis latihan kemahiran dan teknikal.

Syarat Kemasukan JMTI 2022 (Institut Teknikal Jepun-Malaysia)

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan Syarat Kemasukan JMTI 2022 bagi sesi pengambilan Januari dan Julai:

Syarat Kemasukan JMTI 2022

Antara Syarat Kemasukan JMTI adalah seperti berikut:

A. SYARAT UMUM

1. Calon adalah warganegara Malaysia.

2. Berumur 17 tahun hingga 35 tahun.

3. Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak atau cacat fizikal.

B. SYARAT KHAS

1. Mempunyai SPM/SPMV dengan KEPUJIAN dalam subjek:

i. Bahasa Melayu
ii. Matematik/ Matematik Tambahan; DAN
iii. Sains/Sains Tambahan/ Sains Gunaan/ Fizik / Kimia / Subjek yang berkaitan dengan teknikal.

2. Mendapat sekurang-kurangnya EMPAT (4) KEPUJIAN dalam mana-mana subjek (termasuk subjek no.1, no.2 & no.3 seperti diatas) ; serta

3. LULUS Bahasa Inggeris dan Sejarah

4. Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian di peringkat Diploma akan dianugerahkan Diploma Teknologi Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Agensi Akreditasi Malaysia (MQA) dan Diploma Kemahiran Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Malaysia berdasarkan bidang yang berkaitan.

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

Bahagian Pengurusan Latihan,
Jabatan Tenaga Malaysia,
Aras 6 Blok D4, Kompleks D
62530 Putrajaya

No. Tel: 03 - 8886 5551
Emel: jtm@mohr.gov.my

Semoga perkongsian Syarat Kemasukan JMTI 2022 ini dijadikan rujukan buat para pelajar!

No comments

Powered by Blogger.