Semakan Kelayakan Peka B40 2020 (Login)



Semakan Kelayakan Peka B40 2020 (Login)|ADAKAH anda penerima bantuan PeKa B40 tahun 2020? Perhatian buat anda semakan status kelayakan Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) tahun 2020. Untuk makluman anda, semakan kelayakan PeKa B40 2020 boleh dibuat secara online melalui Portal Rasmi PeKa B40. Berikut dikongsikan cara semakan kelayakan PeKa B40 secara online buat rujukan anda.

Semakan Kelayakan Peka B40 2020 (Login)

Sedia maklum, Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) adalah satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD). Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang berusia 50 tahun dan ke atas secara automatik layak menerima manfaat PeKa B40 dan tidak perlu lagi mendaftar dengan mana-mana pihak.

Semakan Kelayakan Peka B40 2020 (Login)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi semakan kelayakan PeKa B40 secara online termasuk syarat kriteria kelayakan:

Cara Semakan Kelayakan PeKa B40 Online

1. Semakan status kelayakan Peka B40 boleh dibuat secara online menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://kelayakan.pekab40.com.my/semakan-kelayakan

2. Kemudian, masukkan No. Kad Pengenalan tanpa tanda (-) dan klik pada butang 'Semak'.

Syarat Kriteria Kelayakan PeKa B40

1. Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pasangannya yang berdaftar, berumur 50 tahun dan ke atas.

2. Tiada pendaftaran diperlukan untuk menyertai PeKa B40.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

ProtectHealth Corporation Sdn Bhd
F01 & F02, Tingkat 1, Blok 2300,
Century Square, Jalan Usahawan,
63000 Cyberjaya, Selangor

Telefon: +603 8687 2500
Emel: info@pekab40.com.my

Selamat membuat Semakan Kelayakan PeKa B40 tahun 2020 secara online!

No comments

Powered by Blogger.