Senarai Bantuan Khas COVID-19 Kerajaan Persekutuan & Negeri 2020



Senarai Bantuan Khas COVID-19 Kerajaan Persekutuan dan Negeri 2020|APAKAH senarai bantuan khas kerajaan untuk rakyat akibat wabak COVID-19? Panduan buat rakyat Malaysia yang ingin ketahui senarai bantuan khas kerajaan dan negeri akibat wabak COVID-19. Untuk makluman anda, kerajaan telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2020 (PRIHATIN) dimana kerajaan memperuntukkan bajet sebanyak RM250 Billion. Berikut dikongsikan Senarai Bantuan Khas COVID-19 Kerajaan Persekutuan dan Negeri Tahun 2020 buat rujukan anda.

Senarai Bantuan Khas COVID-19 Kerajaan Persekutuan dan Negeri 2020

Untuk itu, Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020, iaitu lusa hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara. Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Senarai Bantuan Khas COVID-19 Kerajaan Persekutuan dan Negeri 2020

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Senarai Bantuan Khas COVID-19 Kerajaan Persekutuan dan Negeri 2020 akibat wabak COVID-19 yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa:

Senarai Bantuan COVID-19 Kerajaan Persekutuan

1. Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH)

Bantuan Sara Hidup Rakyat telah diawalkan bayaran bagi Fasa 2 kepada 16 Mac 2020 berbanding bulan Mei sebanyak RM 200.

Penerima BSH turut akan menerima amuan tambahan sebanyak RM100 yang akan dikreditkan ke dalam bank manakala RM 50 akan dibayar secara e-Tunai pada Mei 2020.

2. Bantuan Khas COVID-19 RM100 Sehari (NADMA)

Bayaran sebanyak RM100 sehari diberikan kepada rakyat Malaysia yang bekerja tetapi kehilangan sumber pendapatan dan tiada gaji sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bantuan ini hanya diberikan secara one-off dan permohonan hanya dibuat dengan melengkapkan borang permohonan dan dipos ke NADMA.

SILA KLIK 👉 Permohonan Bantuan Khas COVID-19 RM100 Sehari

3. Bantuan RM600 PERKESO Kepada Pekerja Cuti Tanpa Gaji

Pekerja yang diberi notis cuti sementara tanpa gaji (unpaid leave) oleh majikan
berkuatkuasa mulai 1 Mac 2020 dan yang berdaftar dan mencarum dengan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO dan bergaji RM4,000 dan ke bawah layak menerima bantuan sebanyak RM600 sebulan.

SILA KLIK 👉 Permohonan Bantuan RM600 PERKESO 2020 Program ERP

4. Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

PTPTN memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman kepada semua peminjam bermula 19 Mac 2020 hingga 30 Jun 2020.

5. Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank

Pemberian moratorium bagi individu mahupun pemilik perniagaan akibat wabak COVID-19 bagi pinjaman pembiayaan peribadi, rumah, kereta, kad kredit, pinjaman SME dan overdraft.

SILA KLIK 👉 Permohonan Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank

6. Pengeluaran Duit KWSP Akaun 2 RM500 Sebulan

Permohonan Pengeluaran Duit KWSP Akaun 2 RM500 Sebulan diberikan kepada yang memenuhi syarat seperti merupakan warganegara Malaysia, berumur 55 tahun kebawah, memiliki simpanan dalam akaun 2 dan had pengeluaran adalah pada kadar maksimum RM 500 sebulan untuk tempoh 12 bulan.

SILA KLIK 👉 Permohonan Pengeluaran Duit KWSP Akaun 2 RM500 Sebulan

7. Diskaun bil elektrik 6 bulan bermula 1 April

Kerajaan akan menanggung kos pemberian diskaun bil elektrik berjumlah RM662 juta.

8. Penangguhan bayaran pinjaman MARA

MARA tangguh bayaran balik pinjaman pelajaran dan perniagaan selama 3 bulan.

Diskaun khas sewaan premis perniagaan Mara sebanyak 30% diberikan kepada usahawan di semua premis Mara.

9. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Percuma sebulan sewa premis perniagaan DBKL. Bayaran penuh kepada 500 pekerja harian DBKL.

10. Elaun khas kepada petugas perubatan

RM400 sebulan diberikan kepada doktor dan petugas perubatan.

Senarai Bantuan COVID-19 Kerajaan Negeri

*Akan dikemaskini

Semoga perkongsian Senarai Bantuan Khas COVID-19 Kerajaan Persekutuan dan Negeri 2020 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

3 comments:

Powered by Blogger.