Cara Tebus Internet Percuma 1GB Mulai 1 April (Cara Mohon)



Cara Tebus Internet Percuma 1GB Mulai 1 April (Cara Mohon)|BAGAIMANA cara tebus data internet percuma 1GB sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan? Perhatian buat Rakyat Malaysia yang ingin ketahui cara mohon dan tebus data internet percuma 1GB Digi, Maxis, Celcom, U-Mobile, Yoodoo dan Tune Talk sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Berikut dikongsikan Cara Tebus Internet Percuma 1GB Mulai 1 April buat rujukan anda.

Cara Tebus Internet Percuma 1GB Mulai 1 April (Cara Mohon)

Sedia maklum, Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin yang telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2020 (PRIHATIN) pada 27 Mac lalu, turut memperuntukkan pakej Internet Khas percuma bernilai RM600 juta kepada semua pelanggan sehingga tempoh Perintah Kawalan Keselamatan (PKP) tamat. Data Internet berkelajuan tinggi sebanyak 1GB secara percuma bermula 1 April 2020 dan boleh digunakan antara jam 8 pagi sehingga 6 petang.

Cara Tebus Internet Percuma 1GB Mulai 1 April (Cara Mohon)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Tebus dan Mohon Internet Percuma 1GB Digi, Maxis, Celcom, U-Mobile, Yoodoo dan Tune Talk Selama Perintah Kawalan Pergerakan:

Cara Mohon Internet Percuma 1GB Sepanjang PKP

1. CELCOM

Celcom akan tawarkan data 1GB percuma setiap hari bermula 1 April hingga 14 April 2020 iaitu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berlansung. Ianya ditawarkan kepada semua pengguna postpaid, prepaid dan juga enterprise.

Ianya akan diberi secara automatik terus masuk ke telefon anda bermula 8 pagi hingga 6 petang setiap hari. Tiada data yang dibawa ke hari seterusnya jika tidak digunakan sehingga habis. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.celcom.com.my

2. DIGI

Pengguna Digi akan memperoleh data 1GB percuma bermula 8 pagi hingga 6 petang bermula 20 Mac hingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan kelak. Ianya ditawarkan kepada pengguna postpaid, prepaid dan juga postpaid broadband. Anda perlu tebus data ini melalui aplikasi MyDigi.

Untuk maklumat lanjut boleh layari www.digi.com.my/shop/digi-cares

3. MAXIS

Maxis juga menawarkan data 1GB percuma setiap hari bermula 1 April 2020 hingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Anda boleh gunakan bermula 8 pagi hingga 6 petang. Kesemua pengguna Maxis, Hotlink Postpaid, Prepaid dan Maxis Business akan ditawarkan inisiatif ini.

Anda perlu tebus data percuma ini melalui aplikasi sama ada MyMaxis app, MyMaxis Biz app, Hotlink Flex app atau Hotlink RED app, atau UMB dan pilih 1GB Daily pass option. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.maxis.com.my

4. U-MOBILE

U-Mobile akan menawarkan data peruma 1GB setiap hari bermula 1 April hingga tempoh KPK tamat. Ianya akan diaktifkan bermula jam 8 pagi hingga 6 petang. Penggunakan akan menggunakan data ini dahulu sebelum data tersedia dan boleh juga digunakan sebagai hotspot. Ianya hanya ditawarkan kepada pengguna postpaid, prepaid dan broadband kecuali WeChat go SIM plan.

Untuk aktifkan data percuma ini anda perlu ikuti langkah dibawah:

Prepaid – Dail *118*6# kemudian pilih Special Offer
Postpaid – Dail *118*7# kemudian pilih Special Offer

Untuk maklumat lanjut boleh layari www.u.com.my

5. YOODOO

Pihak Yoodo juga menyediakan inisiatif sendiri dengan menawarkan 1GB data internet secara percuma setiap hari bermula 30 Mac hingga 14 April 2020. Ianya ditawarkan kepada pengguna aktif yang melanggan mana-mana pakej.

Data 1GB percuma tersebut akan digunakan terlebih dahulu kemudian barulah menggunakan data sedia ada. Ianya akan dimasukkan secara percuma ke dalam telefon anda.

Untuk maklumat lanjut boleh layari www.yoodo.com.my/covid19-initiative

6. TUNE TALK

Kepada semua pelanggan Tune Talk dan Mitra, akan menerima data internet percuma 1GB setiap hari bermula 1 April hingga tamat tempoh PKP kelak. Anda boleh dapatkan data internet percuma ini bermula 8 pagi hingga 6 petang.

Terlebih dahulu, anda perlu tebus buat kali pertama dengan menghantar SMS seperti dibawah dan akan dikreditkan secara percuma bagi hari-hari selepas itu.

SMS STAYHOME dan hantar ke 2222

Untuk maklumat lanjut, layari laman pautan www.tunetalk.com.

Artikel Berkaitan:

👉 Senarai Bantuan Khas COVID-19 Kerajaan dan Negeri

Semoga perkongsian Cara Tebus Internet Percuma 1GB Mulai 1 April ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.