Cara Daftar Secure2u Maybank 2022 (Cara Aktif)



Cara Daftar Secure2u Maybank 2022 (Cara Aktif)|ANDA ingin daftar Secure2U Maybank? Perhatian buat pengguna Maybank yang ingin ketahui cara daftar Secure2U Maybank secara online. Berikut dikongsikan Cara Daftar Secure2U Maybank 2022 buat rujukan anda.

Cara Daftar Secure2u Maybank 2020 (Cara Aktif)

Sedia maklum, selama perkhidmatan Maybank2u ini diperkenalkan, penggunaan TAC yang dihantar melalui SMS adalah sangat penting sebelum sesuatu transaksi dapat diteruskan. Namun, kini Maybank telah membawa perkhidmatan online lebih baik yang dikenali sebagai "Secure2u" bagi menggantikan penggunaan TAC.

Cara Daftar Secure2u Maybank 2022 (Cara Aktif)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Daftar Secure2u Maybank termasuk cara pengaktifan dan senarai perkhidmatan yang disediakan:

Pendaftaran Secure2u Maybank Online

1. Muat turun aplikasi Maybank di telefon pintar anda menggunakan Google Play atau AppStore.

2. Pastikan anda telah memiliki akaun Maybank2u sebelum membuat pendaftaran Secure2U Maybank.

3. Buka aplikasi Maybank dan klik Secure2u yang terletak di bahagian bawah kanan.

4. Klik butang NEXT untuk meneruskan, maklumat tambahan mengenai Secure2u akan dipaparkan.

5. Klik butang REGISTER setelah selesai membaca tutorial yang dipaparkan.

6. Log masuk ke akaun Maybank2u dengan menggunakan Username dan Password anda. Klik butang PROCEED.

7. Kemudian, masukkan no. telefon bimbit anda yang digunakan untuk menerima SMS TAC.

8. Setelah menerima SMS OTP anda, masukkan kod pendaftaran/PIN ke ruangan yang disediakan dan klik butang OK.

9. Masukkan No. Kad Pengenalan dan klik butang SUBMIT.

10. Anda akan melihat paparan seperti “You have successfully registered for Secure2u” yang memaparkan anda telah berjaya  mendaftar Secure2u. Klik pada butang DONE.

Perkhidmatan Yang Disediakan Menggunakan Secure2u Maybank

Terdapat beberapa perkhidmatan yang menggunakan Secure2u Maybank seperti berikut:

1. Maklumat baki akaun
2. Pembayaran pelbagai bil (bil elektrik, bil air, kad kredit dan sebagainya)
3. Pembelian topup dan kredit
4. Penghantaran dan permintaan wang boleh dilakukakan pada bila-bila masa dan di mana sahaja
5. Penempahan tiket wayang dan kapal terbang

Semoga perkongsian Cara Daftar Secure2u Maybank 2022 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.