Permohonan Insentif RM600 Pemandu Bas Persiaran Online (Semakan Status)



Permohonan Insentif RM600 Pemandu Bas Persiaran Online (Semakan Status)|ADAKAH anda pemandu bas persiaran/pelancong? Berita baik buat anda pemandu bas persiaran/ pelancong yang berkelayakan membuat permohonan Insentif RM600 Pemandu Bas Persiaran. Untuk makluman anda, permohonan Insentif RM600 Pemandu Bas Persiaran boleh dibuat secara online mulai 8 Mei 2020 menerusi laman sesawang https://prihatin.mot.gov.my. Berikut dikongsikan Cara Permohonan Insentif RM600 Pemandu Bas Persiaran buat rujukan anda.

Permohonan Insentif RM600 Pemandu Bas Persiaran Online (Semakan Status)

Sedia maklum, Kementerian Pengangkutan (MOT) telah mewujudkan portal https://prihatin.mot.gov.my/ untuk memudahkan proses pendaftaran permohonan Bantuan Prihatin Pemandu Bas Pelancong/Persiaran. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong menyedari permasalahan yang menimpa hampir 10,000 pemandu bas persiaran serta lebih 1,000 syarikat yang mempunyai bas persiaran akibat pandemik COVID-19.

Permohonan Insentif RM600 Pemandu Bas Persiaran Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Insentif RM600 Pemandu Bas Persiaran termasuk syarat kelayakan permohonan, tarikh pembayaran dan semakan status:

Cara Permohonan Insentif RM600 Pemandu Bas Persiaran Online

1. Layari Porrtal PRIHATIN MOT secara online di https://prihatin.mot.gov.my/

2. Tekan pada butang TERUSKAN dan klik "SETUJU".

3. Masukkan No. Pendaftaran Syarikat dan klik pada butang "SEMAK".

4. Kemudian klik pada "DAFTAR PEMANDU".

5. Butiran yang perlu dimuat di portal berkenaaan adalah maklumat seperti Mykad, maklumat lesen serta akaun bank pemandu.

Syarat Kelayakan Insentif RM600 Pemandu Bas Persiaran

Antara Syarat Kelayakan Insentif RM600 Pemandu Bas Persiaran adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia

2. Pemandu berstatus lantikan tetap oleh Syarikat Bas Pelancongan/Persiaran (mempunyai caruman PERKESO

3. Memiliki Lesen Vokasional (PSV), Lesen E atau lesen memandu yang berkenaan yang masih dalam tempoh sah laku dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

4. Syarikat Bas Pelancongan/Persiaran memiliki lesen TOBTAB yang masih dalam tempoh sah laku dengan MOTAC pada 31 Disember 2019

5. Syarikat pelancongan yang memiliki Lesen Perniagaan Pengendalian Pelancongan atau Perniagaan Agensi Pengembaraan (TOBTAB) yang masih dalam tempoh sah laku dengan Kementerian Pelancongan

6. Mempunyai lesen kenderaan berdaftar dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)

Tarikh Pembayaran Insentif RM600 Pemandu Bas Persiaran

Dijangka pada awal bulan JUN 2020. Bayaran akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank pemandu.

Semakan Status Insentif RM600 Pemandu Bas Persiaran Online

Setelah butiran pemandu diisi oleh syarikat, senarai pemandu akan disaring untuk memenuhi tiga syarat iaitu warganegara; berstatus lantikan tetap oleh syarikat bas pelancong atau persiaran (mempunyai caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Pemandu juga perlu memiliki Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam atau vokasional (PSV), Lesen E atau lesen memandu yang berkenaan yang masih dalam tempoh sah laku dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pemandu boleh semak pendaftaran disini https://prihatin.mot.gov.my/semakpemandu

Semoga perkongsian Permohonan Insentif RM600 Pemandu Bas Persiaran ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.