Cara Daftar FoodPanda Merchant 2022 Online (Partner Kedai & Restoran)



Cara Daftar FoodPanda Merchant 2022 Online (Partner Kedai Dan Restoran)|ANDA ingin daftar FoodPanda Merchant dan Partner? Berita baik buat anda yang berminat dan berkelayakan membuat pendaftaran FoodPanda Merchant/ Partner secara online. Berikut dikongsikan Cara Daftar FoodPanda Merchant 2022 Online buat rujukan anda.

Cara Daftar FoodPanda Merchant 2020 Online (Partner Kedai Dan Restoran)

Cara Daftar FoodPanda Merchant 2022 Online (Partner Kedai & Restoran)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Daftar FoodPanda Merchant/ Partner termasuk syarat kelayakan permohonan, cara pengaktifan dan lokasi:

Pendaftaran FoodPanda Merchant Online

1. Layari laman web rasmi FoodPanda secara atas talian (online) menerusi pautan di https://www.foodpanda.my/.

2. Kemudian, scroll ke bawah hingga lihat bahagian yang tertulis "List your restaurant on foodpanda".

3. Tekan butang GET STARTED untuk bahagian tersebut.

4. Anda perlu isikan beberapa ruangan yang disediakan.

5. Anda perlu isikan maklumat seperti Restaurant Name, City/Bandar, Vertical, Vertical Segment Restaurant, Cuisine/Jenis Masakan, First Name/Nama Pertama, Last Name/Nama Keluarga, Contact Number dan Emel.

6. Kemudian, pilih purata harga satu hidangan yang disediakan di restoran anda. Ikut petunjuk yang diberi. ($ untuk kurang daripada RM15, $$ untuk kurang daripada RM30 dan $$$ untuk kurang daripada RM50).

7. Dibahagian Menu Upload, anda perlu upload gambar/salinan soft copy menu terkini di restoran anda. Pastikan harga dan nama hidangan serta minuman dalam menu dikemaskini. (File dalam format pdf, excel, word dan jpg sahaja yang boleh dihantar)

8. Anda perlu menekan link here di bawah untuk mengikut panduan spesifikasi menu yang diterima untuk menggunakan servis Foodpanda.

9. Anda boleh menekan link menu template untuk download template menu makanan Fooodpanda.

10. Selepas itu, tekan butang "Submit Form". Pendaftaran anda berjaya!

Senarai Lokasi FoodPanda Merchant 2022

Berikut dikongsikan senarai lokasi yang sesuai untuk menjadi partner dengan FoodPanda:

1. Perak
2. Perlis
3. Kedah
4. Kelantan
5. Melaka
6. Pahang
7. Selangor dan Kuala Lumpur (FoodPanda Merchant untuk Klang Valley)
8. Pulau Pinang
9. Terengganu
10. Negeri Sembilan – Seremban
11. Johor – Johor Bahru
12. Sabah
13. Sarawak – Kuching, Sibu, Bintulu, Miri

Cara Pengaktifan FoodPanda Partner 2022

Berikut dikongsikan cara pengaktifan untuk menjadi FoodPanda Partner:

1. Daftar online dan tunggu kelulusan anda.
2. FoodPanda akan hantar kontrak untuk ditandatangani.
3. Partner mesti tandatangan kontrak dan perlu hantar menu pada FoodPanda.
4. FoodPanda akan menerima dan semak gambar serta menu dari partner.
5. Partner akan terima peranti dari FoodPanda dan akan terima latihan melalui panggilan telefon.
6. Partner kedai makan dan restoran kini sudah LIVE di FoodPanda punya aplikasi.

Semoga perkongsian Cara Daftar FoodPanda Merchant Online ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.