Permohonan Program GLOW 2020 Online (Semakan Status)



Permohonan Program GLOW 2020 Online (Semakan Status)|ANDA ingin mohon Program GLOW? Perhatian buat anda rakyat Malaysia yang berkelayakan membuat permohonan Program GLOW (Global Online Workforce). Untuk makluman anda, permohonan Program GLOW 2020 boleh dibuat secara online menerusi Laman Web GLOW. Berikut dikongsikan Cara Permohonan Program GLOW Online buat panduan anda.

Permohonan Program GLOW 2020 Online (Semakan Status)

Sedia maklum, salah satu inisiatif yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam PENJANA ialah memperkenalkan Global Online Workforce (GLOW) yang diterajui oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Program Global Online Workforce diwujudkan bertujuan untuk memperkasakan dan membimbing rakyat Malaysia untuk menjana pendapatan secara “online” dan “remote” dengan menyediakan perkhidmatan profesional untuk pelanggan antarabangsa dan tempatan.

Permohonan Program GLOW 2020 Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Program GLOW termasuk syarat kelayakan permohonan dan semakan status:

Cara Permohonan Program GLOW PENJANA Online

1. Layari laman web rasmi GLOW secara atas talian menerusi pautan di https://glowmalaysia.com.

2. Dibahagian menu atas, pilih Bahasa Melayu (BM).

3. Klik butang Daftar di bahagian menu atas.

4. Anda akan dibawa ke satu laman web lain seperti berikut:
KLIK 👉 https://globalonlineworkforce.typeform.com/to/WS4rtF

5. Kemudian, isikan maklumat borang permohonan seperti Nama Penuh, Tarikh Lahir, No. Kad Pengenalan (MyKad), Jantina, Nombor Telefon Bimbit, Emel dan Tagap Pelajaran Tertinggi dengan lengkap.

6. Pilih kategori kursus yang dipelajari
Klik “I Accept” untuk mengesahkan maklumat yang diberi kepada GLOW Malaysia.

Permohonan Program GLOW 2020 Online (Semakan Status)

Syarat Kelayakan Permohonan Program GLOW

Antara Syarat Kelayakan Program GLOW adalah seperti berikut:

1. Mestilah celik komputer.

2. Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik kerana anda akan berinteraksi dengan pelanggan antarabangsa.

3. Memiliki set kemahiran khusus yang dikehendaki.

4. Boleh memberikan komitmen, usaha dan ketekunan.

Semakan Status Program GLOW Online

*Akan dikemaskini

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi di talian 1-800-88-8338 atau emel ke support@glowmalaysia.com

Semoga perkongsian Permohonan Program GLOW Online ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.