Cara Daftar mySPP 2022 Online (Semakan Status)



Cara Daftar mySPP 2022 Online (Semakan Status)|ANDA ingin daftar mySPP? Perhatian buat warga pendidik yang ingin daftar Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP). Untuk makluman anda, pendaftaran mySPP 2022 boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi Portal Rasmi mySPP. Berikut dikongsikan Cara Daftar mySPP 2022 Online buat rujukan anda.

Cara Daftar mySPP 2020 Online (Semakan Status)

Sedia maklum, mulai 15 Julai 2020, semua permohonan jawatan anggota perkhidmatan pendidikan akan menggunakan Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP). Tujuan pelancaran mySPP adalah untuk memastikan semua permohonan jawatan bagi anggota perkhidmatan pendidikan dapat diselaraskan di bawah satu sistem permohonan sahaja. Walau bagaimanapun, permohonan jawatan SPP melalui Portal JobsMalaysia masih boleh diteruskan dan sah sehingga 31 Julai 2020 ini.

Cara Daftar mySPP 2022 Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Daftar mySPP termasuk syarat kelayakan permohonan, cara login dan semakan status:

Pendaftaran mySPP Online (Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan)

Berikut dikongsikan cara daftar sistem mySPP bagi pengguna kali pertama:

1. Layari Portal Rasmi mySPP secara online menerusi pautan di https://myspp.spp.gov.my/myspp/login.jsp

2. Klik pada butang "DAFTAR AKAUN BAHARU" bagi mendaftar myID.

3. Isikan maklumat yang diperlukan dan klik pada butang "Daftar".

Cara Daftar mySPP 2020 Online (Semakan Status)

Cara Mengisi Permohonan Jawatan mySPP

Pemohon yang telah berjaya Log Masuk sudah boleh mengisi borang mySPP dan
pemohon juga dinasihatkan supaya membaca terlebih dahulu Maklumat Jawatan di Portal SPP sebelum memohon bagi mengelakkan pemohon memohon jawatan yang tidak berkaitan dengan kelayakan yang dimiliki.

1. Pertama kali, log Masuk mySPP.
2. Maklumat yang ditandakan dengan bintang berwarna merah (*) di Maklumat Pemohon (maklumat secara automatik mengikut maklumat yang dimasukkan pemohon semasa proses daftar akaun baharu).
3. Klik butang ‘SIMPAN’ setelah semua maklumat lengkap diisikan.
4. Kemudian, isikan maklumat akademik mengikut tahap akademik yang diperolehi dan klik butang ‘SIMPAN’.
5. Isikan Maklumat Tambahan sekiranya ada dan klik butang ‘SIMPAN’. Jika tiada klik butang ‘Tiada Maklumat Tambahan’.
6. Klik menu JAWATAN DIMOHON dan sub-menu ‘Jawatan SPP’ serta sub-menu ‘Jawatan PDRM/lain’ akan dipaparkan.
7. Pilih jawatan pada ruang Jawatan Yang Layak Dipohon dan tekan butang >> bagi memasukkan jawatan tersebut ke ruang Jawatan Yang Dipohon.
8. Pilih Pusat Temuduga / Ujian Khas yang Dipilih daripada senarai yang diberikan.
9. Klik butang ‘SIMPAN’ bagi menyimpan maklumat yang telah diisi.
10. Klik pautan Pengakuan Pemohon, klik petak Saya setuju dan tanda ✓ akan dipaparkan dalam petak yang berkenaan.
11. Akhir sekali, klik pada butang ‘HANTAR’ dan sekiranya tidak berbuat demikian permohonan tidak akan diproses.

Semakan Status Permohonan Jawatan mySPP 2022 Online

1. Klik pada pautan “Semakan Permohonan” untuk ketahui status permohonan anda.

2. Pemohon boleh menyemak status permohonan selepas menekan butang
HANTAR dalam pengakuan pemohon. Skrin ini akan memaparkan senarai jawatan dipohon, tarikh daftar dan tarikh luput permohonan (1 tahun).

3. Sekiranya paparan “Tiada Urusan Pengambilan Mulai Tarikh Pendaftaran Permohonan Jawatan” bermakna tiada urusan pengambilan jawatan tersebut dari tarikh daftar.

4. Jika paparan “Tidak Melepasi Syarat-syarat Semasa Yang Ditetapkan Oleh
Suruhanjaya” bermakna pemohon tidak melepasi tapisan yang disyaratkan oleh
SPP iaitu kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan / Kementerian bagi tujuan
mengimbangi bilangan kekosongan jawatan dan bilangan calon yang layak
memohon jawatan berkenaan.

Jawatan Yang Boleh Dipohon di SPP

1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG29 dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 untuk berkhidmat di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM);

2. Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH29 dan PPPT Gred DH41 untuk berkhidmat di Politeknik dan Kolej Komuniti di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM);

3. Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) untuk berkhidmat di mana-mana agensi di bawah KPM iaitu jawatan berikut:

a) Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) Gred N19;
b) Penyelia Asrama Gred N19;
c) Pembantu Pengurusan Murid Gred N19;
d) Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19;
e) Pembantu Makmal Gred C19;
f ) Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19;
g) Pembantu Operasi Gred N11; dan
h) Pemandu Kenderaan Gred H11

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan mySPP, sila hubungi Hotline mySPP di talian 03-88934019/ 4020/ 4021.

Aras 1-4, Blok F9, Kompleks F,
Lebuh Perdana Timur, Presint 1,
62000 Putrajaya.

Semoga perkongsian Cara Daftar mySPP 2022 Online (Semakan Status) ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.