Permohonan Geran Padanan Pendigitalan PKS RM5000 BSN Online (Semakan Status)



Permohonan Geran Padanan Pendigitalan PKS RM5000 BSN Online (Semakan Status)|BILAKAH tarikh permohonan Geran Padanan Pendigitalan PKS bakal dibuka? Perhatian buat anda Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang berkelayakan membuat permohonan Geran Padanan Pendigitalan PKS RM5000 BSN. Untuk makluman anda, permohonan Geran Padanan Pendigitalan PKS boleh dibuat secara online dengan memuat turun borang permohonan di Portal Rasmi BSN.

Permohonan Geran Padanan Pendigitalan PKS RM5000 BSN Online (Semakan Status)

Sedia maklum, Inisiatif Pendigitalan PKS merupakan inisiatif geran yang disediakan oleh Kementerian Kewangan Malaysia bagi membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk mengguna pakai perkhidmatan pendigitalan dalam operasi perniagaan harian. Kerajaan melalui Kementerian Kewangan Malaysia telah mengumumkan satu inisiatif geran iaitu Geran Padanan Pendigitalan PKS. Kerajaan akan menyediakan geran padanan berjumlah 50% sehingga RM5,000 bagi setiap syarikat PKS yang layak bagi langganan perkhidmatan pendigitalan untuk meningkatkan daya persaingan dan produktiviti perniagaan.

Permohonan Geran Padanan Pendigitalan PKS RM5000 BSN Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Geran Padanan Pendigitalan PKS termasuk syarat kelayakan permohonan, faedah dan semakan status:

Cara Permohonan Geran Padanan Pendigitalan PKS RM5000 BSN Online

1. Permohonan Geran Padanan Pendigitalan PKS boleh dibuat secara online dengan muat turun borang permohonan menerusi https://www.mybsn.com.my/.

2. PKS boleh melantik salah satu atau lebih panel pembekal perkhidmatan yang disenaraikan oleh MDEC untuk melaksanakan mana-mana perkhidmatan pendigitalan yang disediakan (maksimum 3 servis).

3. PKS hendaklah melengkapkan dan mengemukakan borang permohonan berserta dengan dokumen sokongan yang diperlukan kepada mana–mana cawangan bank.

4. Perlantikan mana-mana pihak ketiga bagi tujuan pengumpulan dan penghantaran borang permohonan yang dibuat kepada pihak bank adalah tidak dibenarkan.

5. Setelah permohonan PKS diluluskan, bergantung kepada keseluruhan jumlah invois, pihak bank akan membuat pembayaran terus sebanyak 50% daripada keseluruhan jumlah invois atau sehingga RM5,000.00 kepada pembekal perkhidmatan secara penuh atau secara berperingkat mengikut budi bicara pihak bank.

Syarat Kelayakan Permohonan Geran Padanan Pendigitalan PKS

Antara Syarat Kelayakan Geran Padanan Pendigitalan PKS adalah seperti berikut:

1. Syarikat dimiliki oleh sekurang-kurangnya 60% warganegara Malaysia.
2. Syarikat berdaftar dibawah Akta yang relevan di Malaysia dan diklasifikasikan sebagai PKS.
3. PKS terbabit telah beroperasi sekurang-kurangnya satu 1 tahun.
4. Untuk PKS yang baru beroperasi selama satu 1 tahun, PKS tersebut perlu mempunyai jumlah jualan tahunan minima sebanyak RM100,000.00 pada tahun tersebut.
5. Bagi PKS yang telah beroperasi melebihi dua 2 tahun, PKS tersebut perlu mempunyai jumlah jualan tahunan minima sebanyak RM50,000.00 untuk dua 2 tahun terkini secara berturut-turut.

Senarai Dokumen Penting Yang Diperlukan

Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen sokongan seperti berikut:

i) Salinan kad pengenalan atau pasport Pemilik Tunggal dan Pengarah Syarikat dan/atau Rakan Kongsi yang mana berkenaan.
ii) Salinan lesen pendaftaran syarikat, salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan (Borang A/B, Borang 24 & 49 dan M&A) atau lain-lain borang seumpamanya di bawah Akta Syarikat 2016).
iii) Penyata kewangan beraudit untuk tahun terkini dan akaun pengurusan
kewangan terkini (jika diperlukan) atau sebarang bukti perolehan jualan.
iv) Penyata bank syarikat untuk dua (2) bulan terkini.
v) Profil syarikat. (jika ada)
vi) Invois / resit Pembayaran dan persetujuan perkhidmatan bagi
perkhidmatan pendigitalan yang dipilih yang disenaraikan MDEC.

Faedah dan Jenis Perkhidmatan Geran Padanan Pendigitalan PKS

Terdapat tujuh (7) jenis perkhidmatan pendigitalan yang boleh dipilih seperti berikut:

i) Sistem Electronic Point of Sale (e-POS)
ii) Sistem Penggajian Sumber Manusia (HR) atau Customer Relationship Management (CRM)
iii) Pemasaran Digital/ Jualan
iv) Perolehan
v) Enterprise Resource Planning (ERP) / Perakaunan & Cukai
vi) Kerja Jarak Jauh (Remote Working)
vii) E-Dagang

Permohonan Geran Padanan Pendigitalan PKS RM5000 BSN Online (Semakan Status)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi Bank Simpanan Nasional di talian 1-300-88-1900 atau SME Bank di talian 03-2603 7700.

Semoga perkongsian Permohonan Geran Padanan Pendigitalan PKS RM5000 BSN Online ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.