Permohonan Geran Usahawan Perak (GeRUP) 2022 Online (Semakan Status)



Permohonan Geran Usahawan Perak (GeRUP) 2022 Online (Semakan Status)|APA itu GeRUP? Perhatian buat anda PKS Bumiputera di Negeri Perak yang berkelayakan dan berminat membuat permohonan Geran Usahawan Perak (GeRUP) tahun 2022. Untuk makluman anda, permohonan Geran Usahawan Perak 2022 boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi laman sesawang di https://gerup.smecorp.gov.my.

Permohonan Geran Usahawan Perak (GeRUP) 2020 Online (Semakan Status)

Sedia maklum, Geran Usahawan Perak (GeRUP) merupakan satu bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Perak untuk membantu PKS Bumiputera di Negeri Perak memulakan semula perniagaan masing-masing selepas mengharungi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19.

Permohonan Geran Usahawan Perak (GeRUP) 2022 Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Geran Usahawan Perak (GeRUP) termasuk syarat kelayakan permohonan, tarikh pembayaran dan semakan status:

Cara Permohonan Geran Usahawan Perak Online

1. Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi laman sesawang di https://gerup.smecorp.gov.my

Syarat Kelayakan Geran Usahawan Perak (GeRUP) 2022

Antara Syarat Kelayakan Geran Usahawan Perak adalah seperti berikut:

1. Mestilah warganegara Malaysia
2. Sekurang-kurangnya 60% ekuiti syarikat dimiliki Bumiputera
3. Perniagaan beroperasi di Negeri Perak
4. Memenuhi definasi PKS Mikro iaitu jumlah nilai jualan tidak melebihi RM300,000 setahun atau pekerja kurang daripada 5 orang
5. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan telah beroperasi sebelum 1 Januari 2020
6. Keutamaan diberikan kepada PKS yang tidak menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan
7. Berdaftar atau diperakui atau disokong oleh mana-mana Agensi/ Jabatan (24 agensi pembimbing)
8. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat

Tarikh Pembayaran Geran Usahawan Perak GeRUP 2022

- Pembayaran dijangka akan dibuat bermula 1 September 2020.

Semakan Status Geran Usahawan Perak GeRUP 2022 Online

1. Permohonan berjaya dihantar apabila satu “pop-up” memaparkan “Maklumat Berjaya Disimpan” setelah pemohon menekan butang “Hantar” permohonan.

2. Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui emel yang telah didaftarkan dan juga melalui SMS selepas bulan September 2020.

Permohonan Geran Usahawan Perak (GeRUP) 2020 Online (Semakan Status)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan GeRUP, sila menghubungi di talian 05-529 1621 atau emel kepada perak@smecorp.gov.my.

Semoga perkongsian Permohonan Geran Usahawan Perak (GeRUP) 2022 secara online ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.