Permohonan Skim Kesihatan Wanita Selangor 2023 Online (SKWS)



Permohonan Skim Kesihatan Wanita Selangor 2023 Online (SKWS)|BILAKAH tarikh permohonan Skim Kesihatan Wanita Selangor tahun 2023 bakal dibuka? Berita baik buat anda golongan wanita berumur 50 tahun ke atas dan lahir atau sedang menetap di Negeri Selangor. Untuk makluman anda, permohonan Skim Kesihatan Wanita Selangor 2023 boleh dibuat secara online menerusi Laman Web Rasmi SKWS. Berikut dikongsikan Cara Permohonan Skim Kesihatan Wanita Selangor 2023 Online buat rujukan anda.

Permohonan Skim Kesihatan Wanita Selangor 2020 Online (SKWS)

Sedia maklum, Program Pemeriksaan Mammogram Percuma Selangor (MammoSel) diwujudkan bertujuan untuk memastikan kesihatan wanita terjaga dan dalam keadaan optimum khusunya kaum wanita di negeri Selangor. Antara kempen di bawah Skim Kesihatan Wanita ialah ‘1 Juta Wanita Selangor Sihat’ dengan menyediakan Mammogram percuma bagi wanita Selangor berumur 50 tahun ke atas.

Permohonan Skim Kesihatan Wanita Selangor 2023 Online (SKWS)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Skim Kesihatan Wanita Selangor termasuk syarat kelayakan permohonan dan proses permohonan:

Cara Permohonan Skim Kesihatan Wanita Selangor Online

1. Layari Laman Web Rasmi YAWAS secara online menerusi pautan di http://skw.yawas.my/web/.

2. Kemudian, tekan pada bahagian ‘Permohonan Online’ dan masukkan maklumat yang dikehendaki.

3. Masukkan No. Kad Pengenalan yang disahkan dan klik pada butang "Semak".

Proses Permohonan Skim Kesihatan Wanita Selangor

1. Daftar secara online di Portal SKWS.

2. Pemohon perlu menghantar dokumen ke Pejabat Yawas.

3. Pemohon boleh menyemak status permohonan di Laman Web Rasmi SKWS.

4. Permohonan yang lulus akan dimaklumkan.

Permohonan Skim Kesihatan Wanita Selangor 2020 Online (SKWS)

Syarat Kelayakan Permohonan Skim Kesihatan Wanita Selangor 2023

Antara Syarat Kelayakan Skim Kesihatan Wanita Selangor adalah seperti berikut:

1. Wanita warganegara Malaysia berumur 50 tahun ke atas.
2. Pengundi berdaftar di Negeri Selangor.
3. Lahir dan sedang menetap di Negeri Selangor.
4. Bagi yang tidak lahir di Negeri Selangor, mereka perlu sekurang-kurangnya bermastautin di Negeri Selangor secara sah sekurang-kurangnya 10 tahun.
i) Pemohon perlu mendapatkan cop pengesahan taraf mastautin daripada pengesah yang dibenarkan dan berdekatan dengan tempat tinggal sahaja.
ii) Jawatan yang dibenarkan untuk cop pengesahan adalah seperti berikut:
– Ahli Parlimen Selangor
– ADUN Selangor
– Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal
– Penghulu/Ketua Kampung
– Pengerusi Taman Perumahan/Ketua Blok
– Ketua Komuniti/Nazir Masjid
5. Semua pemohon yang layak akan menjalani pemeriksaan mammogram terlebih dahulu.
6. Pemeriksaan ultrasound dan biopsi hanya akan dijalankan apabila peserta mendapatkan nasihat oleh pihak doktor/pakar perubatan sahaja.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan SKWS, sila hadir ke pejabat Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) yang beralamat di:

Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52,
Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam, Selangor.

No. Tel: 03 5481 8839/03 5481 8835
Emel: pertanyaan.yawas@gmail.com

Semoga perkongsian Permohonan Skim Kesihatan Wanita Selangor 2023 secara online ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.