Permohonan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) 2024 Online (Borang)



Permohonan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) 2024 Online (Borang)|BILAKAH tarikh permohonan Skim Mesra Usia Emas 2024 bakal dibuka? Perhatian buat rakyat Negeri Selangor bagi Kategori warga emas dan OKU yang berkelayakan membuat permohonan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) tahun 2024. Berikut dikongsikan Permohonan Skim Mesra Usia Emas Selangor 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) 2020 Online (Borang)

Sedia maklum, Skim Mesra Usia Emas (SMUE) telah dilancarkan pada bulan Ogos 2008 dan secara rasmi mula beroperasi pada 1 Oktober 2008. Sebelum ini Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dikenali sebagai sebuah skim khairat kematian untuk warga emas dan OKU yang layak dengan nilai sebanyak RM 2,500. Ahli SMUE akan menerima baucer beli-belah bernilai RM100 dan program akan dijalankan di pasaraya-pasaraya yang terpilih di kawasan mereka.

Permohonan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) 2024 Online (Borang)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Skim Mesra Usia Emas termasuk syarat kelayakan permohonan, dokumen penting:

Borang Permohonan Skim Mesra Usia Emas 2024 Online

1. Permohonan SMUE boleh dibuat secara manual ataupun atas talian (online) menerusi pautan di e-mesra.yawas.my.

2. Bagi permohonan secara manual, pemohon boleh mendaftar di pejabat Pusat Khidmat DUN yang terdekat (dalam kawasan Negeri Selangor sahaja).

3. Setiap permohonan yang dibuat (manual atau atas talian) perlu melampirkan dokumen sokongan yang diperlukan dengan lengkap. (Rujuk maklumat di Senarai Dokumen Sokongan).

4. Kegagalan menghantar dokumen yang lengkap akan menyebabkan permohonan tidak lengkap sekaligus melambatkan proses penerimaan manfaat.

5. Permohonan yang dibuat secara atas talian (online), boring dan dokumen sokongan hendaklah dihantar dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan online dibuat.

6. Borang dan dokumen sokongan boleh dihantar di Pusat Khidmat DUN berdekatan kawasan tempat tinggal; ATAU Pejabat YAWAS.

Syarat Kelayakan Skim Mesra Usia Emas 2024

Antara Syarat Kelayakan Permohonan Skim Mesra Usia Emas adalah seperti berikut;

A. Kategori Warga Emas :

1. Warganegara Malaysia berumur 60 tahun dan ke atas; DAN
2. Lahir dan sedang menetap di Negeri Selangor; ATAU
3. Lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1/2/1974 dan sedang menetap di Negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan; ATAU
4. Bukan kelahiran di Negeri Selangor dan sedang bermastautin di Negeri Selangor secara sah sekurang-kurangnya 15 tahun
(perlu dapatkan cop pengesahan taraf mastautin daripada **pegawai pengesah di kawasan tempat tinggal pemohon sahaja)
5. Alamat tempat tinggal dalam MyKad pemohon mestilah di Negeri Selangor sahaja

B. Kategori OKU

1. Merupakan warganegara Malaysia; DAN
2. Tiada had umur bagi pemohon OKU yang lahir di Negeri Selangor; ATAU
3. Pemohon OKU yang bukan kelahiran Negeri Selangor mestilah sedang menetap di Negeri Selangor secara sah sekurang-kurangnya 15 tahun; DAN
4. Pemohon OKU bukan kelahiran di Negeri Selangor perlu mendapatkan Cop Pengesahan Taraf Mastautin daripada pengesah di kawasan tempat tinggal pemohon sahaja; DAN
5. Jawatan pengesah yang dibenarkan untuk mengesahkan taraf mastautin pemohon adalah seperti berikut:

- Ahli Parlimen/ Senator
- ADUN / Pengerusi JK Penyelaras DUN
Penghulu / Ketua Kampung
- Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan
- Pengerusi Taman Perumahan
- Nazir / Ketua Tokong / Kuil / Gereja

Dokumen Penting Yang Diperlukan

Antara Dokumen Penting Yang Diperlukan adalah seperti berikut:

1. Salinan MyKad Pemohon; ATAU
2. Salinan Kad OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat (untuk pemohon OKU).
3. Jika anda bukan dari negeri Selangor  pengesahan taraf mastautin hendaklah dibuat oleh pengesah yang dibenarkan dan mestilah di kawasan tempat tinggal pemohon SAHAJA.

Semakan Status Skim Mesra Usia Emas 2024 Online

1. Semakan status Skim Mesra Usia Emas boleh dibuat secara online menerusi pautan dibawah:
KLIK 👉 Semakan Status SMUE Online

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor, Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam, Selangor.

No. Tel: 03 - 5481- 8800
Emel: pertanyaan.yawas@gmail.com

Semoga perkongsian Permohonan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.