Sinopsis Drama Biar Mereka Cemburu Lakonan Aiman Hakim Dan Nabila Razali



Sinopsis Drama Biar Mereka Cemburu Lakonan Aiman Hakim Dan Nabila Razali|ADAKAH anda peminat drama Melayu? Saksikan drama bersiri akan datang yang diadaptasi novel berjudul "Biar Mereka Cemburu" karya Anuar Darwisy bakal ditayangkan mulai bulan November 2020 jam 10:00 malam di slot Megadrama Astro. Bakal menampilkan lakonan hebat seperti Aiman Hakim sebagai Tengku Eidil manakala Nabila Razali memegang watak sebagai Nadia. Drama bersiri 13 episod ini merupakan arahan Roslin Sharif dan terbitan dibawah Global Station Sdn Bhd. Berikut dikongsikan Sinopsis Drama Biar Mereka Cemburu buat rujukan anda.

Sinopsis Drama Biar Mereka Cemburu Lakonan Aiman Hakim Dan Nabila Razali

Sinopsis Drama Biar Mereka Cemburu Lakonan Aiman Hakim Dan Nabila Razali

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Sinopsis Drama Biar Mereka Cemburu (Slot Megadrama Astro) termasuk sinopsis novel, senarai pelakon dan OST/ lagu tema yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa:

Info Penting Drama Biar Mereka Cemburu

JUDUL : BIAR MEREKA CEMBURU
TARIKH TAYANGAN : November 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Megadrama (Astro Ria)
PENULIS NOVEL : Anuar Darwisy
PENGARAH : Roslin Sharif
PRODUKSI : Global Station Sdn Bhd
SENARAI PELAKON : Aiman Hakim Ridza, Nabila Razali, Izzat Mushtaq, Bella Dowanna, Adam Malek, Aedy Ashraf, Shah Rezza, Mas Anizan, Rubini Sambanthan, Hasmira Azmi, Syahir Shafein

WATAK PELAKON:

Aiman Hakim Ridza sebagai Tengku Eidil
Nabila Razali sebagai Nadia
Izzat Mushtaq sebagai Rostam
Rubini sebagai Marsha
Aedy Ashraf sebagai Fetri
Bella Dowanna sebagai Nabila
Hasmira Azmi sebagai Sofea
Syahir Shafein sebagai Reza
Adam Malek sebagai Nabil
Shah Rezza sebagai Tengku Alauddin
Mas Anizan sebagai Engku Zulaikha

Sinopsis Drama Biar Mereka Cemburu

Mengisarkan Nadia, satu-satunya konduktor bas di KL ini yang kalau dirapikan penampilannya, pakai cantik-cantik, agaknya berduyun-duyun lelaki yang jatuh cinta. Tetapi dalam kesederhanaannya itu jugalah, dia masih berjaya menambat hati dua orang jejaka. Seorang pemandu bas dan seorang lagi anak tengku. Dia keliru. Hendak memilih cinta yang mana satu sedangkan hendak bercinta pun dia tidak tahu!

No comments

Powered by Blogger.